I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)

Tuesday, June 28, 2011

gambar kelas

Aku akhirnya turun sekolah hari ni. Kelmarin aku tak sekolah sebab aku nak rehat dari keletihan kem hari tu. Hari ni hujan lebat sangat, bila dah sampai sekolah rasa macam nak tido balik je. Dah la berbelas orang je yang hadir. Kawan aku pun ramai yang tak hadir sebab hujan, dorang pakai bas jadi tak nak basah kot. Hahaha

Kami mulakan sesi persekolahan dengan gotong-royong. Kami cuma guna 1 masa je untuk gotong-royong tu. Kami pun bersihkan kelas kami dengan kemampuan berbelas orang tu. Kalau tak salah, 20 orang je yang hadir daripada jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 38. Lepas tu, aku pun bayar buku kerja BI sebab aku tak hadir kelmarin. Masa rehat, aku perasan terdapat pameran buku kat kantin. Tapi aku takde bawa duit nak beli.

Lepas rehat, aku dan beberapa kawan aku pergi jumpa ustazah untuk menuntut hadiah kami. Ustazah pun bagi kami dadih atas peningkatan terbaik dan markah tertinggi. Bila kami dah nak balik ke kelas, datang pulak pengawas-pengawas yang menyuruh kami ke Dewan Cenderawasih untuk sesi fotografi kelas.

Bila dah sampai, kami mula-mula nak minta tolong jurugambar tu untuk tangguhkan sesi fotografi untuk kelas kami sebab ramai yang tak hadir. Lagipun, ada beberapa pelajar pakai baju biasa sebab ada masa PJK hari ni. Tapi cikgu tu tak nak, kalau dapat pun petang esok pukul 2. Kami risau kalau semakin ramai pelajar tak hadir nanti, jadi kami pun putuskan untuk bergambar hari ni.

Masalahnya, guru tingkatan kami masih belum sampai. Bila dah beberapa kelas bergambar, baru guru kami datang dengan tergesa-gesa. Terpaksa la kami mengambil gambar kelas dengan hanya 17 orang pelajar sahaja. Hahaha.

Perasaan yang anda dapat apabila anda memahami sesuatu di dalam kelas matematik.

Monday, June 27, 2011

aku tak sekolah

Aku buat keputusan untuk tidak hadir ke sekolah hari ni. Aku betul-betul letih sebab Kem Rakan Muda kelmarin. Aku risau kalau aku tak dapat belajar walaupun aku hadir nanti. Jadi aku pujuk mama dan ayah aku untuk benarkan aku berehat hari ni. Aku pun ambil kesempatan untuk tido sepanjang hari. Hahaha

Aku bangun dekat pukul 11 pagi tadi. Hahaha. Aku pun pergi mandi dan pecah laju. Aku online Facebook sekejap untuk check kalau ada geng Rakan Muda yang dah approve aku. Hehehe. Lepas tu, aku pun rehat kat depan tv. Bila dah abis cite kat tv, aku sambung tido balik. Hahaha

Aku bangun lagi dekat pukul 4. Aku pun keluar dan sedar yang ayah aku dah pergi kerja. Tak sangka dia sanggup tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. Hahahaha. Aku pun online la lagi. Hehehe.

Tu je la. Aku masih tunggu geng-geng Rakan Muda untuk approve aku. Hahahaha.

Sunday, June 26, 2011

Program Penjelajahan Cinta Alam - hari 3

Kami dibenarkan bangun akhir hari ni sebab aktiviti semalam. Aku dan kawan aku cuma berus gigi dan cuci muka sebab malas nak mandi. Pada pukul 9, kami pun masak dan makan pagi. Lepas makan, kami semua disuruh dan dipecahkan untuk kemaskan khemah, bersihkan kelas dan buang projek diorama semalam. Bila dah abis, kami pun ambil semua beg kami dan letak kat luar.

Kami berkumpul di Dewan Makan lepas tu. Selepas beberapa ucapan, cikgu-cikgu kami pun mengumumkan kedudukan kumpulan pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kumpulan kami telah mendapat no.1!! Hahahaha. Memang best la. Semua kumpulan dihadiahkan hamper untuk kejayaan mereka.

Kami pun dibenarkan makan dan minum di Dewan Makan. Dekat pukul 11.30, bas dah sampai. Kami pun bawa beg-beg dan barang-barang kami ke dalam bas tersebut. Sebelum balik, kami pergi ke Dewan Makan lagi untuk taklimat terakhir. Kami semua pun bersalaman dengan cikgu-cikgu kami sebelum pergi ke bas.

Bila dah sampai bas, kami pun gembira la sebab dah nak balik. Mereka yang duduk belakang pulak berpantun sepanjang perjalanan. Memang best la.

Dah sampai ke bangunan tempat Pejabat Belia dan Sukan, kami pun keluar dan tunggu di luar. Kami semua mula membuka hamper dan berehat seketika di tempat tersebut.




Ahli kumpulan (dan jawatan):

  1. Kak Ayu (Pengarah)
  2. Ah Fen (Bendahari)
  3. Cynthia (Pelakon)
  4. Boniface (Penerbit)
  5. Planny (Pelakon)
  6. Martina (Pelakon)
  7. Mhieyja (Penyunting)
  8. Safwan (aku la tu; Jurukamera) hahaha

Saturday, June 25, 2011

Program Penjelajahan Cinta Alam - hari 2

Malam tadi, aku dengan kawan aku sempat tido walaupun 1 jam je. Kami tido dalam lingkungan 3.30-4.30AM. Lepas tu, kami keluar dari kelas sebab sejuk sangat. Kami menuju ke tempat perkhemahan dan rehat di unggun api yang telah dibuat pada malam tadi.

Pada pagi tu, kami tak sempat nak mandi. Itu pun sebab lepas tu nak buat aktiviti senaman, mesti berpeluh lagi. Aktiviti senaman tersebut memang banyak la termasuk berlari 1 pusingan di padang.

Pagi tersebut, kami diarahkan untuk menyiapkan video kami. Aku pun rakam la video sebab aku ni jurukamera. Masa abis rakaman, abis pulak bateri kamera aku. Nasib baik dah abis rakaman. Hahaha. Tetapi, pada pukul 10, kami disuruh untuk menghantar video tersebut untuk disunting. Malangnya, video dari kamera aku tu takde suara. Kami pun disuruh untuk merakam suara kami semula.

Pada tengahari, kami disuruh untuk membuat diorama. Diorama tersebut mesti berkaitan dengan video yang dirakam dan bertemakan bandar dalam taman. Kami pun kumpulkan bekas-bekas air dan botol air serta tanah, bunga dan pasir untuk melengkapkan diorama kami. Pukul 2 petang, kami disuruh untuk memperbentangkan hasil diorama kami. Pada akhir pertandingan diorama tersebut, kumpulan kami telah mendapat tempat pertama dengan 80%. Hehehe


Selepas itu, kami disuruh keluar dari sekolah untuk mengikuti aktiviti abseiling. Pada perjalanan ke jambatan di mana tempat abseiling diadakan. Tetapi, aktiviti abseiling terpaksa dibatalkan atas dasar keselamatan. Bila dah sampai ke sekolah, kami pun dibenarkan mandi.

Apabila malam menjelma, kami disuruh berkumpul di Dewan Makan untuk tayangan perdana video-video setiap kumpulan. Video kumpulan kami pula menyebabkan ramai orang ketawa sebab pengalihan suara yang lucu. Selepas tu pula, pesta muda mudi diadakan. Setiap kumpulan harus membuat persembahan. Kumpulan kami membuat persembahan tarian tradisional dan akhirnya membawa ramai orang untuk menari bersama. Hahaha.

Pada waktu kemuncak pesta, penganugerahan bermula. Penganugerahan bermula dengan Jurukamera Terbaik yang dimenangi oleh Jurukamera Barong. Aku dari kumpulan kami mendapat no.2. Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi oleh Hamka dari kumpulan Barong. Planny dari kumpulan kami telah mendapat no.2. Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Lily dari kumpulan Udin. Cynthia dari kumpulan kami mendapat no.2. Penganugerahan berakhir dengan Pengarah dan Filem Terbaik yang dimenangi oleh kumpulan kami iaitu kumpulan Juki. Yeay!! Hahaha

Selepas pesta muda mudi, aktiviti terakhir untuk malam tersebut diadakan. Kami semua diberi kain hitam untuk menutupi mata kami. Kami pula terpaksa mencari jalan sendiri menggunakan tali yang diikat merata-rata sekolah. Akhir sekali, kami dibawa ke luar sekolah di mana kami berjumpa dengan Tok Batin. Hahaha. Kami pun dibenarkan membuka ikatan mata dan pulang ke sekolah selepas itu.

Aku dan kawan-kawan perempuan aku lepak kat luar kelas, kat tempat berhimpun. Tapi kami balik ke kelas tak lama lepas tu sebab kami tak nak jadi sentri. Aku pun tido di kelas dengan kawan-kawan lain.

Friday, June 24, 2011

Program Penjelajahan Cinta Alam - hari 1

hari Jumaat, aku pergi ke bangunan terletaknya Pejabat Belia dan Sukan sebelum pukul 7 untuk mengikuti Program Penjelajahan Cinta Alam, Peringkat Bahagian Bintulu di Pantai Sungai Selad, Jalan Kuala Tatau. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 24-26 Jun.

Aku pun tunggu dulu di kawasan luar bangunan tersebut (sebab gate belum dibuka).

Bila kawan-kawan aku dah datang, kami pun masuk ke kawasan dalam bangunan tersebut. Kami pun tunggu la peserta lain untuk datang. Masa tengah tunggu tu, aku perasan yang aku tak bawa batang kayu kuning aku. Aku cepat-cepat suruh pakcik aku datang untuk ambilkan. Nasib aku dapat ambil dan sempat untuk mengikuti taklimat pada pagi itu. Lepas tu, kami disuruh buat bendera untuk kumpulan kami.


Kami mulakan perjalanan kami dengan bas. Tetapi bas itu berhenti di tengah perjalanan dan kami dikehendaki untuk berjalan kaki sambil membawa barang-barang kami selama 2km (kalau tak salah la). Bila dah sampai ke lokasi iaitu SK Sungai Selad, kami dibawa ke Dewan Makan untuk berehat.


Selepas berehat, kami pun disuruh untuk mendirikan khemah di padang SK Sungai Selad. Perempuan dapat khemah bertutup, manakala lelaki dapat khemah terbuka. Hahahaha. Kami juga disuruh masak untuk makan petang. Malangnya, setelah semua kumpulan dah siap dengan masakan dorang, kumpulan kami baru nak mula memasak sebab api susah nak hidup.


Bila dah makan, kami pun pergi mandi. Aku pun pergi dengan kawan-kawan lelaki aku ke tempat mandi iaitu di sungai yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Kami lelaki pun mandi beramai-ramai. Lepas mandi, kami semua diarahkan untuk pergi ke Dewan Makan lagi untuk taklimat.

Lepas tu, kami disuruh untuk siapkan perbentangan kami yang dipenuhi dengan logo, nama syarikat, carta organisasi, bajet syarikat dan macam-macam lagi termasuklah lagu. Malam tersebut, kami memperbentangkan hasil kami.

Pada malam tu, dekat pukul 11 malam (kalau tak salah), aktiviti orienteering dijalankan. Kami disuruh untuk mencari bearing yang telah diberi serta barang-barang yang disembunyikan. Terdapat 3 barang yang disembunyikan iaitu roti paun, air soya dan cawan-cawan yang kami telah serahkan terdahulu. Aku pun dapat peluang menggunakan kompas untuk mencari bearing. Hahaha

Selepas aktiviti orienteering, kami pun disuruh tido. Tetapi, ada kumpulan yang buat air untuk sentri (penjaga) malam tersebut, ada yang berjaga walaupun bukan ditugaskan sebagai sentri. Malam itu, aku dengan seorang kawan aku dari kumpulan lain sibuk berpeleseran di kawasan sekolah dan padang tersebut sebab kami tak nak tido. Apa-apa pun, kami tido juga di kelas walaupun dilarang. Hahahaha.

Thursday, June 23, 2011

esok pergi berkhemah

yeay!! Esok pergi berkhemah!! hahaha. Aku ulang balik tajuk post ni. Aku gementar la pulak sebab aku tak pernah pergi berkhemah sebelum ni. Kawan-kawan aku pun masuk dalam kumpulan lain. Nasib baik aku masih ada seorang kawan dalam kumpulan aku; walaupun dia perempuan. Hahaha. Kawan-kawan baru dalam kumpulan aku pun baik-baik je. Jadi aku tak la risau sangat. Hahaha.

Pada hari esok iaitu 24 Jun 2011, aku mesti pergi ke bangunan tempat Pejabat Sukan dan Belia tu pada pukul 7 pagi. Maksudnya aku tak akan turun sekolah hari Jumaat nanti. Yeay! Hahahaha. Mungkin aku akan turun pukul 6.15 kot. Hahaha. Aku akan bawa 2 beg. 1 bag pack dan 1 handheld bag. Hahahaha. Harap-harap la kem ni best. Hehehe.

Aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi Jurukamera. Aku mesti bersedia untuk menghasilkan babak-babak yang menyentuh kalbu. Aku cuma risau kalau aku tak pandai nak pakai kamera tu nanti. Malu pulak aku. Hahaha. Lepas tu, aku mesti bawa kuali dan pisau untuk memasak nanti.

Dah la aku belum kemaskan barang lagi ni. Aku nak mama aku!! Hahaha. Terpaksa la aku pack barang-barang aku sendiri. Huhuhu. Nanti la aku kemaskan barang aku. Hahahaha. Aku akan pergi selama 3 hari 2 malam. Pada 24-26 Jun 2011 aku tak akan update blog aku. Tapi aku akan post pengalaman aku bila aku dah balik nanti! Hehehe.

Harap-harap aku akan dapat pengalaman yang bermakna lepas ekot Kem ni. Hehe :)

Wednesday, June 22, 2011

perjumpaan Rakan Muda

Hari ni ada perjumpaan Rakan Muda pada pukul 2.30 mengenai program cinta alam yang bakal diadakan di SK Sungai Selat, Tatau. Sebab tu la aku suka sangat hari ni. Hehehe.

Waktu pagi, aku mengharungi sesi persekolahan macam biasa je la. Hahaha. Aku cuma risau pasal nota KOMSAS aku yang tak lengkap tu. Sebab cikgu BM minta buku KOMSAS aku dilengkapkan. Nasib baik dia macam tak ingat langsung pasal nota KOMSAS aku yang tak lengkap tu masa dia mengajar tadi. Hehehe.

Bila dah abis sekolah, aku dengan kawan aku balik ke rumah aku. Kawan aku nak ekot aku balik sebab dia nak turun awal untuk perjumpaan Rakan Muda nanti. Aku pun bawa la dia balik rumah aku. Dia sempat pulak suruh aku ambil Chipsmore dari dapur untuk bekal nanti. Dia pun sempat suruh aku bawa laptop aku. Aku pun berangkut je la. Hahaha.

Aku dan kawan aku sampai ke bangunan di mana Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Sarawak terletak. Kami sampai sebelum pukul 2. Kami pun naik la ke tingkat 4 sebab pejabat tu kat tingkat 4. Hahahaha. Tapi akhirnya kami disuruh orang untuk tunggu di bawah. Terpaksa kami turun lagi.

Pada pukul 2.30, kami pun disuruh berkumpul di depan bangunan tu. Tak la ramai sangat yang ekot. Aku suka la sebab hanya 40 orang je yang dapat ekot. Kami pun dipecahkan ke 4 kumpulan; Biru, Hijau, Kuning dan Pink. Kawan aku dapat masuk kumpulan Pink dengan kawan dia yang lain. Aku pun nak Pink jugak. Tapi aku dapat Kuning. Hahaha. Nasib baik aku ada kawan kat kumpulan Kuning tu jugak. Tapi dia perempuan, jadi tak sama khemah la. Huhuhu.

Lepas mengagihkan tugasan, kami pun dibenarkan bersurai. Aku memegang jawatan sebagai Jurukamera sepanjang tempoh perkhemahan tu. Aku mesti bawa kuali dan pisau! Hahaha. Aku mesti ingat nak bawa 2 benda tu pada hari Jumaat nanti! hehe.

Monday, June 20, 2011

mat luthfi


Aku kenal budak ni dari kakak aku. Dia suruh aku pergi ke tempat dia dan tunjukkan la salah satu video matluthfi90 iaitu selamat hari ibu 2010. Aku pun tengok je la. Pastu dia post kat wall aku video new album daripada matluthfi90 jugak. Aku pun mula la untuk tengok video-video dia yang lain. Hehehe.

Aku suka sangat video ni. Hahahaha >.<


Nama dia Mat Luthfi. Dia berasal dari Sungai Petani, Kedah. Sekarang study kat Curtin University dan menetap di Perth, Australia. Tu je yang aku tau. Tu pun aku ambil dari blog-blog lain. Hehehe.

Kalau nak, subscribe la dia di Youtube. Nama dia ialah matluthfi90. Hahahaha

Sunday, June 19, 2011

dah tengah tahun

Aku masih ingat lagi macam semalam je aku sambut tahun baru kat Sunway Piramid. Aku dengan kedua-dua kakak aku dan abang ipar aku. Masa tu banyak sangat bunga api yang cantik-cantik, besar-besar, dan warna warni. Aku nak ambil gambar bunga api tu, tapi handphone aku takde bateri. Haha.

Aku masih ingat lagi masa aku baru masuk sekolah untuk sesi pagi sebagai seorang pelajar tingkatan 5. aku masuk kelas 2 hari lewat sebab aku baru balik dari KL. Hahaha. Kawan sekelas aku dah kenal dengan cikgu-cikgu baru tapi aku tak. Hahaha.

Banyak jugak perubahan aku awal tahun ni. Aku dah pandai nak pakai necktie ke sekolah. Aku pun dah tak pakai songkok ke sekolah lagi walaupun aku ialah Ketua Pendidikan Islam untuk kelas aku dan Setiausaha Persatuan Pelajar Islam di sekolah aku. Hahaha. Aku dah mula keluar kelas dan merayau masa cikgu takde. Aku pun dah pandai keluar rumah tanpa ditemani mak ayah. Hahaha.

Tanpa disedari, dah tengah tahun dah. Bulan 6, tengah tahun la tu kan? Hahaha. Aku masih belum bersedia untuk SPM. Setakat ni, aku ok je. Tapi aku tak nak ok, aku nak lebih dari tu. Aku nak sasarkan sasaran yang lebih tinggi. Aku nak dapat 8A! Hahahaha.

Tu je la coretan aku. Nanti aku tulis lagi~

Saturday, June 18, 2011

program rakan muda

Esok hari ahad, iaitu hari terakhir untuk minggu ini. Apa-apa pun, terdapat pelbagai benda yang terjadi pada aku pada minggu ini. hehehe. Antaranya ialah:

Pertama sekali ialah pasal keputusan peperiksaan aku yang korang tak perlu tau. Hahahaha. Tapi aku dapat tempat pertama dalam kelas, walaupun aku tak ambil 1 kertas (BI Paper 2). hahaha. Aku memang tak sangka langsung, tetapi aku bersyukur je la. Tak sangka berbaloi jugak aku pergi ke Kuching time kakak aku konvo tu. hahahaha. Sebab aku tak rugi sangat pun. hehe.
Aku ada kad ni! hahaha

Kedua, aku buat keputusan untuk ekot Program Perkhemahan Rakan Muda di SK Sungai Selat, Tatau. Aku dapat borang untuk masuk Kem tu hari Rabu, dan aku mesti hantar sebelum hari Khamis pukul 4 petang. Nasib baik ayah aku tak meleter bila aku nak ekot Kem tu masa aku nak minta tandatangan dia. Hahahaha. Lepas tu, kawan aku yang cantik dan baik hati sudi untuk hantar borang tu pada hari Khamis tu. hehehe.


Ketiga, hari ini (Sabtu bersamaan 18 Jun 2011) ada program kat Parkcity Mall yang berkaitan dengan Rakan Muda jugak. Program Y Blog. Program yang bertujuan untuk mengajar remaja-remaja untuk membuat blog sendiri. Aku tak nak ekot sebab aku dah ada blog. Lagipun, banyak sangat aktiviti aku nanti; minggu ni keluar, minggu depan keluar lagi. Meleter pulak ayah aku nanti.

Dah la esok (Ahad) ada lagi Y Blog tu. Ada la kawan aku mesej aku supaya datang esok dan masuk kumpulan dorang. Bila aku buka Facebook pun ada jugak. Masalahnya, ayah aku kerja malam ni sampai pukul 3 petang esok. Jadi aku memang sah la terpaksa jaga rumah. Kalau tak percaya, telefon la ayah aku. Bukan aku tak nak tolong dorang, tapi dorang pergi ke Y Blog tu untuk belajar, tak salah kan kalau aku biarkan dorang? hehehe. Maafkan aku~

Thursday, June 16, 2011

Lady Gaga - The Edge of Glory

Aku memang suka Lady Gaga. Ini disebabkan kakak aku suruh aku download lagu Just Dance masa cuti Gawai 2008 dulu. Hahahah. Sampai sekarang aku cuma minat je la. Bukan obses sangat lagi. Hahaha


Ini la video Lady Gaga - The Edge of Glory. Hehehe

Monday, June 13, 2011

dah dapat keputusan peperiksaan

aarrggghh!! hahaha. Gementar jugak aku nak turun sekolah tadi. Dah la kerja rumah yang cikgu bagi untuk dibuat masa cuti langsung tak disentuh. Nasib baik cikgu tak tanya langsung.

Aku turun sekolah pukul 6.15. Bila dah sampai sekolah, aku terus la pergi ke kelas sebab nak tengok kawan-kawan aku. Dah sampai kelas tu, aku sedar la pulak yang aku datang awal kot. Sebab tak banyak dalam kelas masa tu. Dekat nak 6.30, baru la mula muncul kawan-kawan aku yang lain.

Sesi persekolahan hari ni bermula dengan perhimpunan. Kami pun berkumpul la di depan pejabat. Lepas tu mula la sesi pemberian anugerah, sijil dan lain-lain. Termasuk la pengumuman yang kumpulan 14050 dari sekolah aku (SMK Bintulu) iaitu Bintulu Hawks telah memenangi tempat pertama dalam Presentation Award. hehehe. Bintulu Hawks telah pergi ke St. Louis, Missouri, USA pada April 27 - 30, 2011 untuk bertanding dalam 2011 World Festival di America’s Center and Edward Jones Dome Convention Plaza. Lepas tu, perhimpunan dipenuhkan dengan ceramah-ceramah dan ceramah. hahaha.

Bila dah balik ke kelas masing-masing, aku gementar balik la sebab keputusan peperiksaan tu. Antara markah-markah yang dah diketahui ialah:

  • Mathematics - 64% 
  • Pendidikan Islam - 50½% 
  • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan - 90% 
  • Sejarah - Kertas 2: 22% 
  • Bahasa Melayu - 51½% 

Hurmm. Risau pulak aku dengan kertas lain. Hahaha. Aku belum tau markah Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Science. Selain itu, aku nak tau markah kertas 1 Sejarah aku. hehehe.


Tunggu esok je la. Bye-bye.

Sunday, June 12, 2011

aku pergi ke Parkcity Mall

cuti ni memang sangatlah boring! jadi bila kawan ajak keluar, aku pun ekot je la. hari ahad ni, pukul 10, aku pun turun la ke pasar sebab plan nak jumpa kat sana. aku pun tunggu la. lepas dah berkumpul, aku dan 5 orang kawan aku pun jalan-jalan kat pasar tu.

Kami pergi ke Citypoint dulu sebab kawan aku nak beli beg. Kami pun pergi la tengok-tengok beg kat situ. Lepas beberapa kedai, kami masuk la ke satu kedai beg ni. Kawan aku jumpa la satu beg yang dia berkenan, pada masa yang sama jurujual tu mengesyorkan satu beg putih ni. Kawan aku tak nak yang putih tu, dia nak beg yang dia tengah pegang. Datang pulak jurujual yang sorang ni, kata beg putih tu cuma RM10 je. Harga biasa RM30++ kalau tak salah aku. Kawan aku yang sorang ni beli la beg putih tu sebab murah. Aku pulak sibuk usha jurujual tu. Memang kacak la bagi aku. hehe. Kawan aku pulak buat keputusan untuk beli beg tu kemudian, sebab dia masih nak jalan-jalan lagi.

Lepas tu, kami berlima nak pergi ke Parkcity Mall. Kami masuk ke dalam bas. Kami terpaksa tunggu sebab bas tu akan bertolak setengah jam lagi. Datang la orang yang jual minuman dan aku pun beli la air soya. hehe.
Time tengah tunggu tu, kawan aku ternampak seorang lelaki. Lelaki tu rupanya bekas classmate kami dulu. Kami cuba nak panggil dia, tapi dia tak dengar. aku rindu sangat kat dia. dah la dia kacak. hehehe.

Bila dah Parkcity Mall, memang banyak la orang sebab hari ni kan hari minggu. Aku pun suka la sebab dapat cuci mata banyak-banyak. hahaha. Best jugak la daripada terperuk kat rumah seharian. Aku terserempak dengan family pakcik aku. Aku salam la kat dorang. haha. Lepas tu, aku dengan kawan aku pergi ke tingkat 3 sebab dia nak beli headphone. Dia pun beli headphone warna purple. Rugged la jugak. haha. Tapi aku tak jeles, sebab aku nak cari connector untuk Sony Ericsson. Lepas tu, kami singgah kat D'junction, sebab kami nak minum dulu. Bila dah turun kat tingkat paling bawah, baru aku beli connector tu. hehe

Kawan-kawan aku yang lain pulak dah dalam Selera Idaman, sebuah restoran tak jauh dari situ. Tapi aku nak balik sebab ayah aku dah SMS aku. haha. Time aku nak balik, ternampak pulak cousin aku dgn family dia. Aku pun panggil la dia. Aku minta untuk dia anta aku ke pasar. Dalam perjalanan ke pasar tu, aku pun main-main dengan anak cousin aku tu. Sebab lama dah tak tengok dorang. hahaha. Bila dah sampai kat pasar, aku pun beli roti Red Bean. Aku memang suka sangat roti tu. hahaha. Lepas tu, aku pun balik ke rumah.

Kat rumah pulak, ayah aku takde mood sebab aku balik lambat. Dia suruh aku balik pukul 1, tapi aku balik pukul 2. hahaha. Terkejut pulak aku tengok ada roti Red Bean dan nasi ayam untuk aku. Aku pun makan la nasi ayam tu. hahaha. Terfikir pulak aku, bila masa ayah aku keluar? Dia ada tengok aku ke?

Sekarang ni dia dah pergi kerja. Sebab tu la aku dapat update ni. Hahaha. Tu je la update aku untuk kali ni. Bye-bye.

Thursday, June 9, 2011

Lee Ki Chan - L.O.V.E (Feat. Supreme Team)

aku minat giler dengan lagu ni sekarang. hahaha 

  

best kan music video lagu ni? dah la bartender tu CUTE sangat~ hahaha >.<

aku suka download lagu

pagi tadi aku bangun awal. nak tido balik tak dapat dah. jadi aku pun terus mandi. ayah aku pergi ke pasar. aku tahu sebab memang rutin dia. jadi, bila line dah clear, aku pun on PC ni. hahaha. sebab kalau ayah aku ada, susah sikit nak online. hehehe. aku pun buka la Facebook; takde benda lain nak dibuka.

bila dah buka Facebook tu, datang balik kebosanan tu. aku pun google la pasal The Colour Purple. aku tengok kat Oprah tadi. bila dah baca sinopsis The Colour Purple kat Wikipedia, teringin pulak nak tengok movie tu. hahaha. 


lepas tu, bosan lagi. aku pun pergi ke 4shared. tak nak buat apa, aku pun taip je apa-apa. teringat pulak aku nak download lagu-lagu Lee Ki Chan. sambil download tu, aku pun download la lagu-lagu korea lain yang aku jumpa. hehehe. antaranya adalah:
  • Heo Young Saeng - Let It Go (feat. Hyuna)
  • f(x) - Lollipop (feat. SHINee)
  • 4minute - Hide And Seek
  • Lee Ki Chan ft. Supreme Team - LOVE
  • Lee Ki Chan & G.Na - Count On Me
  • Kan Mi Youn ft. Junsu (2PM) - Sunshine
  • Block B - Don't Move
  • Sistar 19 - Ma Boy 
tu je la yang aku buat (dan boleh tulis kat sini). hahahaha. apa-apa pun, aku akan tulis lagi.

Wednesday, June 8, 2011

permulaan sebuah cerita

memang cita-cita aku nak jadi seorang penulis novel. banyak sangat idea yang mencurah dalam otak aku ni. tapi aku tak pernah nak tulis idea-idea tu. dulu, aku pernah buat blog; blog tu untuk cerita-cerita pendek aku. tapi aku delete blog tu sebab dah tak ada idea lagi. huhu.

ok, kembali ke tujuan asal blog post aku ni. aku just nak beritahu yang aku akan mula untuk menulis lagi. bukan apa, dah ada laptop. hahaha. dapat aku sentiasa menulis pada waktu cuti ni. hehehe. aku akan menulis rangka-rangka plot, watak dan perwatakan, dan lain-lain la. hahaha. macam nak belajar novel kat sekolah je. aku berharap sangat yang aku tak akan berhenti menulis dengan tiba-tiba. aku nak teruskan apa yang aku mulakan. lagipun, aku nak tulis cerita aku tu dalam bahasa inggeris. hehehe. aku memperuntukkan sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

walau bagaimanapun, aku nak tumpukan sepenuh perhatian untuk SPM aku. aku mesti belajar betul-betul. aku tak nak lingkup pulak nanti. aku target 8A dan 8A jugak la yang aku mesti dapat! YEAH!! hahaha.

Tuesday, June 7, 2011

tak sabar nak sekolah

dah seminggu cuti berlalu, seminggu lagi cuti menunggu. tu yang payah sangat cuti 2 minggu ni. hahaha. minggu lepas dah tak buat apa-apa. takkan la minggu ni pun aku nak duduk diam kat rumah je? tak best la. aku pernah terfikir nak cari keje, tapi macam dah terlambat la pulak. hahaha.

hurmm. cuti ni, aku plan nak buat banyak benda; aku nak download lagu banyak-banyak. nak tengok movie banyak-banyak. nak hangout dengan kawan-kawan dari pagi sampai malam. nak shopping banyak-banyak. nak usha jantan banyak-banyak. nak belajar betul-betul. nak buat kerja rumah untuk cuti ni cepat-cepat. memang banyak la plan aku. tapi susah sikit nak laksanakan. 1 sebab = MALAS. alahai.

aku tinggal beberapa hari je sebelum sekolah buka. tak sabar nak jumpa kawan-kawan aku. nak cerita-cerita dengan dorang. hehehe.

senyum. tak perlu kata apa-apa. :)

asal usul blog aku

sebenarnya aku dikira ada 3 blog dah. sebelum ni aku pernah buat blog khas untuk cerita-cerita pendek. tapi lepas hampir 10 cerita pendek, aku berhenti. habislah riwayat Writing Thinking Writing. mungkin aku ada "writer's block" kot. hahaha.

beberapa bulan pastu, aku start balik. aku tukar nama blog aku tu. tapi aku buat review untuk artis pulak. lahirlah Under The Moonlight. pasal album terbaru, single terbaru. tapi tu pun tak tahan jugak. kalau tak salah, dah 40 lebih blog post aku sebelum aku delete blog tu. hehehe.

beberapa minggu lagi, tetiba pulak kawan aku tanya macam mana nak buat blog. aku kata aku tak tahu, sebab blog aku sendiri tak terurus. haha. datang pulak idea nak buat blog baru ni. rindu nak berblogging. hahaha. dari situ, lahirlah Persepsi Seorang Lelaki. setakat ni, aku masih dapat idea untuk blogging. harap-harap la aku tak delete blog ni pulak. hahaha.

hari ni, aku nak tido! hahahaha >.<

Friday, June 3, 2011

belacan dan paku

best bha belacan dan paku.. hahahaha.. 


video yg menambat dihatiku.. hahaha

 


jenguk2 la Page Belacan dan Paku ni.. hehe



Thursday, June 2, 2011

cuti yang boring

aarrrggghhh!! aku harus menghadapi kenyataan tentang cuti sekolah! BORING!

dah 5 hari dah cuti.. dan xde bnde best pun.. alaa... xde plan nak g mane2 pun.. dah la cuti 2 mggu.. ape yg aku nak buat kat rumah ni.. tapi, mmg ade something happen la time tu.. yg berlaku kat aku dlm tempoh 5 hari lpas adalah:

aku bersyukur la dpt laptop.. mmg aku minta dari dlu.. ingat x post aku dlu tu? hehehe.. tapi, laptop kakak aku ni ade beberapa problems.. aku x kesah la.. asalkan aku ade laptop!! hahaha.. aku cpat2 ltak lagu dlm laptop tu sampai 2Gb.. tapi aku akan trus tambah lagi.. hehe.. dpt jgak aku ltak fail2 peribadi aku.. hehehe..

aku x leh bgtau nama dorg, takut dorg marah aku kalau t'nampak post ni.. hehehe.. yg first tu bwak aku jln2 pkai keta Hilux die.. ckp2 sambil pusing satu bandar.. mmg best la.. hahahaha.. kat pasar pulak, yg sorg ni blanja makan kat cafe.. hehehe.. last2 aku t'paksa pkai teksi nak balik.. tapi mmg best dpt jumpa kwn2 dari fb ni.. hehehe.. mggu dpan aku nak jumpa sorg lagi... hehe..


tu je; boring kan hidup aku? hahahaha