Aku masih ingat lagi macam semalam je aku sambut tahun baru kat Sunway Piramid. Aku dengan kedua-dua kakak aku dan abang ipar aku. Masa tu banyak sangat bunga api yang cantik-cantik, besar-besar, dan warna warni. Aku nak ambil gambar bunga api tu, tapi handphone aku takde bateri. Haha.
Aku masih ingat lagi masa aku baru masuk sekolah untuk sesi pagi sebagai seorang pelajar tingkatan 5. aku masuk kelas 2 hari lewat sebab aku baru balik dari KL. Hahaha. Kawan sekelas aku dah kenal dengan cikgu-cikgu baru tapi aku tak. Hahaha.
Banyak jugak perubahan aku awal tahun ni. Aku dah pandai nak pakai necktie ke sekolah. Aku pun dah tak pakai songkok ke sekolah lagi walaupun aku ialah Ketua Pendidikan Islam untuk kelas aku dan Setiausaha Persatuan Pelajar Islam di sekolah aku. Hahaha. Aku dah mula keluar kelas dan merayau masa cikgu takde. Aku pun dah pandai keluar rumah tanpa ditemani mak ayah. Hahaha.
Tanpa disedari, dah tengah tahun dah. Bulan 6, tengah tahun la tu kan? Hahaha. Aku masih belum bersedia untuk SPM. Setakat ni, aku ok je. Tapi aku tak nak ok, aku nak lebih dari tu. Aku nak sasarkan sasaran yang lebih tinggi. Aku nak dapat 8A! Hahahaha.
Tu je la coretan aku. Nanti aku tulis lagi~
No comments:
Post a Comment