hari Jumaat, aku pergi ke bangunan terletaknya Pejabat Belia dan Sukan sebelum pukul 7 untuk mengikuti Program Penjelajahan Cinta Alam, Peringkat Bahagian Bintulu di Pantai Sungai Selad, Jalan Kuala Tatau. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 24-26 Jun.
Aku pun tunggu dulu di kawasan luar bangunan tersebut (sebab gate belum dibuka).
Bila kawan-kawan aku dah datang, kami pun masuk ke kawasan dalam bangunan tersebut. Kami pun tunggu la peserta lain untuk datang. Masa tengah tunggu tu, aku perasan yang aku tak bawa batang kayu kuning aku. Aku cepat-cepat suruh pakcik aku datang untuk ambilkan. Nasib aku dapat ambil dan sempat untuk mengikuti taklimat pada pagi itu. Lepas tu, kami disuruh buat bendera untuk kumpulan kami.
Kami mulakan perjalanan kami dengan bas. Tetapi bas itu berhenti di tengah perjalanan dan kami dikehendaki untuk berjalan kaki sambil membawa barang-barang kami selama 2km (kalau tak salah la). Bila dah sampai ke lokasi iaitu SK Sungai Selad, kami dibawa ke Dewan Makan untuk berehat.
Selepas berehat, kami pun disuruh untuk mendirikan khemah di padang SK Sungai Selad. Perempuan dapat khemah bertutup, manakala lelaki dapat khemah terbuka. Hahahaha. Kami juga disuruh masak untuk makan petang. Malangnya, setelah semua kumpulan dah siap dengan masakan dorang, kumpulan kami baru nak mula memasak sebab api susah nak hidup.
Bila dah makan, kami pun pergi mandi. Aku pun pergi dengan kawan-kawan lelaki aku ke tempat mandi iaitu di sungai yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Kami lelaki pun mandi beramai-ramai. Lepas mandi, kami semua diarahkan untuk pergi ke Dewan Makan lagi untuk taklimat.
Lepas tu, kami disuruh untuk siapkan perbentangan kami yang dipenuhi dengan logo, nama syarikat, carta organisasi, bajet syarikat dan macam-macam lagi termasuklah lagu. Malam tersebut, kami memperbentangkan hasil kami.
Pada malam tu, dekat pukul 11 malam (kalau tak salah), aktiviti orienteering dijalankan. Kami disuruh untuk mencari bearing yang telah diberi serta barang-barang yang disembunyikan. Terdapat 3 barang yang disembunyikan iaitu roti paun, air soya dan cawan-cawan yang kami telah serahkan terdahulu. Aku pun dapat peluang menggunakan kompas untuk mencari bearing. Hahaha
Selepas aktiviti orienteering, kami pun disuruh tido. Tetapi, ada kumpulan yang buat air untuk sentri (penjaga) malam tersebut, ada yang berjaga walaupun bukan ditugaskan sebagai sentri. Malam itu, aku dengan seorang kawan aku dari kumpulan lain sibuk berpeleseran di kawasan sekolah dan padang tersebut sebab kami tak nak tido. Apa-apa pun, kami tido juga di kelas walaupun dilarang. Hahahaha.
No comments:
Post a Comment