Pagi tersebut, kami diarahkan untuk menyiapkan video kami. Aku pun rakam la video sebab aku ni jurukamera. Masa abis rakaman, abis pulak bateri kamera aku. Nasib baik dah abis rakaman. Hahaha. Tetapi, pada pukul 10, kami disuruh untuk menghantar video tersebut untuk disunting. Malangnya, video dari kamera aku tu takde suara. Kami pun disuruh untuk merakam suara kami semula.
Pada tengahari, kami disuruh untuk membuat diorama. Diorama tersebut mesti berkaitan dengan video yang dirakam dan bertemakan bandar dalam taman. Kami pun kumpulkan bekas-bekas air dan botol air serta tanah, bunga dan pasir untuk melengkapkan diorama kami. Pukul 2 petang, kami disuruh untuk memperbentangkan hasil diorama kami. Pada akhir pertandingan diorama tersebut, kumpulan kami telah mendapat tempat pertama dengan 80%. Hehehe
Selepas itu, kami disuruh keluar dari sekolah untuk mengikuti aktiviti abseiling. Pada perjalanan ke jambatan di mana tempat abseiling diadakan. Tetapi, aktiviti abseiling terpaksa dibatalkan atas dasar keselamatan. Bila dah sampai ke sekolah, kami pun dibenarkan mandi.
Pada waktu kemuncak pesta, penganugerahan bermula. Penganugerahan bermula dengan Jurukamera Terbaik yang dimenangi oleh Jurukamera Barong. Aku dari kumpulan kami mendapat no.2. Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi oleh Hamka dari kumpulan Barong. Planny dari kumpulan kami telah mendapat no.2. Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Lily dari kumpulan Udin. Cynthia dari kumpulan kami mendapat no.2. Penganugerahan berakhir dengan Pengarah dan Filem Terbaik yang dimenangi oleh kumpulan kami iaitu kumpulan Juki. Yeay!! Hahaha
Selepas pesta muda mudi, aktiviti terakhir untuk malam tersebut diadakan. Kami semua diberi kain hitam untuk menutupi mata kami. Kami pula terpaksa mencari jalan sendiri menggunakan tali yang diikat merata-rata sekolah. Akhir sekali, kami dibawa ke luar sekolah di mana kami berjumpa dengan Tok Batin. Hahaha. Kami pun dibenarkan membuka ikatan mata dan pulang ke sekolah selepas itu.
Aku dan kawan-kawan perempuan aku lepak kat luar kelas, kat tempat berhimpun. Tapi kami balik ke kelas tak lama lepas tu sebab kami tak nak jadi sentri. Aku pun tido di kelas dengan kawan-kawan lain.
No comments:
Post a Comment