Aku turun sekolah pukul 6.15. Bila dah sampai sekolah, aku terus la pergi ke kelas sebab nak tengok kawan-kawan aku. Dah sampai kelas tu, aku sedar la pulak yang aku datang awal kot. Sebab tak banyak dalam kelas masa tu. Dekat nak 6.30, baru la mula muncul kawan-kawan aku yang lain.
Sesi persekolahan hari ni bermula dengan perhimpunan. Kami pun berkumpul la di depan pejabat. Lepas tu mula la sesi pemberian anugerah, sijil dan lain-lain. Termasuk la pengumuman yang kumpulan 14050 dari sekolah aku (SMK Bintulu) iaitu Bintulu Hawks telah memenangi tempat pertama dalam Presentation Award. hehehe. Bintulu Hawks telah pergi ke St. Louis, Missouri, USA pada April 27 - 30, 2011 untuk bertanding dalam 2011 World Festival di America’s Center and Edward Jones Dome Convention Plaza. Lepas tu, perhimpunan dipenuhkan dengan ceramah-ceramah dan ceramah. hahaha.
Bila dah balik ke kelas masing-masing, aku gementar balik la sebab keputusan peperiksaan tu. Antara markah-markah yang dah diketahui ialah:
- Mathematics - 64%
- Pendidikan Islam - 50½%
- Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan - 90%
- Sejarah - Kertas 2: 22%
- Bahasa Melayu - 51½%
Hurmm. Risau pulak aku dengan kertas lain. Hahaha. Aku belum tau markah Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Science. Selain itu, aku nak tau markah kertas 1 Sejarah aku. hehehe.
Tunggu esok je la. Bye-bye.
No comments:
Post a Comment