Kami dibenarkan bangun akhir hari ni sebab aktiviti semalam. Aku dan kawan aku cuma berus gigi dan cuci muka sebab malas nak mandi. Pada pukul 9, kami pun masak dan makan pagi. Lepas makan, kami semua disuruh dan dipecahkan untuk kemaskan khemah, bersihkan kelas dan buang projek diorama semalam. Bila dah abis, kami pun ambil semua beg kami dan letak kat luar.
Kami berkumpul di Dewan Makan lepas tu. Selepas beberapa ucapan, cikgu-cikgu kami pun mengumumkan kedudukan kumpulan pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kumpulan kami telah mendapat no.1!! Hahahaha. Memang best la. Semua kumpulan dihadiahkan hamper untuk kejayaan mereka.
Kami pun dibenarkan makan dan minum di Dewan Makan. Dekat pukul 11.30, bas dah sampai. Kami pun bawa beg-beg dan barang-barang kami ke dalam bas tersebut. Sebelum balik, kami pergi ke Dewan Makan lagi untuk taklimat terakhir. Kami semua pun bersalaman dengan cikgu-cikgu kami sebelum pergi ke bas.
Bila dah sampai bas, kami pun gembira la sebab dah nak balik. Mereka yang duduk belakang pulak berpantun sepanjang perjalanan. Memang best la.
Dah sampai ke bangunan tempat Pejabat Belia dan Sukan, kami pun keluar dan tunggu di luar. Kami semua mula membuka hamper dan berehat seketika di tempat tersebut.
No comments:
Post a Comment