Hari ni ada perjumpaan Rakan Muda pada pukul 2.30 mengenai program cinta alam yang bakal diadakan di SK Sungai Selat, Tatau. Sebab tu la aku suka sangat hari ni. Hehehe.
Waktu pagi, aku mengharungi sesi persekolahan macam biasa je la. Hahaha. Aku cuma risau pasal nota KOMSAS aku yang tak lengkap tu. Sebab cikgu BM minta buku KOMSAS aku dilengkapkan. Nasib baik dia macam tak ingat langsung pasal nota KOMSAS aku yang tak lengkap tu masa dia mengajar tadi. Hehehe.
Bila dah abis sekolah, aku dengan kawan aku balik ke rumah aku. Kawan aku nak ekot aku balik sebab dia nak turun awal untuk perjumpaan Rakan Muda nanti. Aku pun bawa la dia balik rumah aku. Dia sempat pulak suruh aku ambil Chipsmore dari dapur untuk bekal nanti. Dia pun sempat suruh aku bawa laptop aku. Aku pun berangkut je la. Hahaha.
Aku dan kawan aku sampai ke bangunan di mana Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Sarawak terletak. Kami sampai sebelum pukul 2. Kami pun naik la ke tingkat 4 sebab pejabat tu kat tingkat 4. Hahahaha. Tapi akhirnya kami disuruh orang untuk tunggu di bawah. Terpaksa kami turun lagi.
Pada pukul 2.30, kami pun disuruh berkumpul di depan bangunan tu. Tak la ramai sangat yang ekot. Aku suka la sebab hanya 40 orang je yang dapat ekot. Kami pun dipecahkan ke 4 kumpulan; Biru, Hijau, Kuning dan Pink. Kawan aku dapat masuk kumpulan Pink dengan kawan dia yang lain. Aku pun nak Pink jugak. Tapi aku dapat Kuning. Hahaha. Nasib baik aku ada kawan kat kumpulan Kuning tu jugak. Tapi dia perempuan, jadi tak sama khemah la. Huhuhu.
Lepas mengagihkan tugasan, kami pun dibenarkan bersurai. Aku memegang jawatan sebagai Jurukamera sepanjang tempoh perkhemahan tu. Aku mesti bawa kuali dan pisau! Hahaha. Aku mesti ingat nak bawa 2 benda tu pada hari Jumaat nanti! hehe.
best g berkhemah.lamak dah sik camping eh..
ReplyDelete