Kami mulakan sesi persekolahan dengan gotong-royong. Kami cuma guna 1 masa je untuk gotong-royong tu. Kami pun bersihkan kelas kami dengan kemampuan berbelas orang tu. Kalau tak salah, 20 orang je yang hadir daripada jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 38. Lepas tu, aku pun bayar buku kerja BI sebab aku tak hadir kelmarin. Masa rehat, aku perasan terdapat pameran buku kat kantin. Tapi aku takde bawa duit nak beli.
Lepas rehat, aku dan beberapa kawan aku pergi jumpa ustazah untuk menuntut hadiah kami. Ustazah pun bagi kami dadih atas peningkatan terbaik dan markah tertinggi. Bila kami dah nak balik ke kelas, datang pulak pengawas-pengawas yang menyuruh kami ke Dewan Cenderawasih untuk sesi fotografi kelas.
Bila dah sampai, kami mula-mula nak minta tolong jurugambar tu untuk tangguhkan sesi fotografi untuk kelas kami sebab ramai yang tak hadir. Lagipun, ada beberapa pelajar pakai baju biasa sebab ada masa PJK hari ni. Tapi cikgu tu tak nak, kalau dapat pun petang esok pukul 2. Kami risau kalau semakin ramai pelajar tak hadir nanti, jadi kami pun putuskan untuk bergambar hari ni.
Masalahnya, guru tingkatan kami masih belum sampai. Bila dah beberapa kelas bergambar, baru guru kami datang dengan tergesa-gesa. Terpaksa la kami mengambil gambar kelas dengan hanya 17 orang pelajar sahaja. Hahaha.
Perasaan yang anda dapat apabila anda memahami sesuatu di dalam kelas matematik.
No comments:
Post a Comment