I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)

Saturday, June 18, 2011

program rakan muda

Esok hari ahad, iaitu hari terakhir untuk minggu ini. Apa-apa pun, terdapat pelbagai benda yang terjadi pada aku pada minggu ini. hehehe. Antaranya ialah:

Pertama sekali ialah pasal keputusan peperiksaan aku yang korang tak perlu tau. Hahahaha. Tapi aku dapat tempat pertama dalam kelas, walaupun aku tak ambil 1 kertas (BI Paper 2). hahaha. Aku memang tak sangka langsung, tetapi aku bersyukur je la. Tak sangka berbaloi jugak aku pergi ke Kuching time kakak aku konvo tu. hahahaha. Sebab aku tak rugi sangat pun. hehe.
Aku ada kad ni! hahaha

Kedua, aku buat keputusan untuk ekot Program Perkhemahan Rakan Muda di SK Sungai Selat, Tatau. Aku dapat borang untuk masuk Kem tu hari Rabu, dan aku mesti hantar sebelum hari Khamis pukul 4 petang. Nasib baik ayah aku tak meleter bila aku nak ekot Kem tu masa aku nak minta tandatangan dia. Hahahaha. Lepas tu, kawan aku yang cantik dan baik hati sudi untuk hantar borang tu pada hari Khamis tu. hehehe.


Ketiga, hari ini (Sabtu bersamaan 18 Jun 2011) ada program kat Parkcity Mall yang berkaitan dengan Rakan Muda jugak. Program Y Blog. Program yang bertujuan untuk mengajar remaja-remaja untuk membuat blog sendiri. Aku tak nak ekot sebab aku dah ada blog. Lagipun, banyak sangat aktiviti aku nanti; minggu ni keluar, minggu depan keluar lagi. Meleter pulak ayah aku nanti.

Dah la esok (Ahad) ada lagi Y Blog tu. Ada la kawan aku mesej aku supaya datang esok dan masuk kumpulan dorang. Bila aku buka Facebook pun ada jugak. Masalahnya, ayah aku kerja malam ni sampai pukul 3 petang esok. Jadi aku memang sah la terpaksa jaga rumah. Kalau tak percaya, telefon la ayah aku. Bukan aku tak nak tolong dorang, tapi dorang pergi ke Y Blog tu untuk belajar, tak salah kan kalau aku biarkan dorang? hehehe. Maafkan aku~

No comments:

Post a Comment