I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)

Saturday, July 30, 2011

perjumpaan lagi

Tak abis-abis perjumpaan. Perjumpaan apa? Perjumpaan Rakan Muda! Hhahaha. Hari ni, mama aku balik dari oversea (Semenanjung). Hari ni jugak aku perlu pergi ke perjumpaan Rakan Muda kat PKRM (Pusat Kegiatan Rakan Muda). Dah la takde transport, nasib baik aku masih ingat mana tempat tu. Hehehe.

Atin, Kak Ayu dan Akim
Bila dah sampai, aku jumpa dengan Atin, rakan sekelas aku dan juga Ketua Biro Wirausaha. Kami berdua pun masuk ke PKRM. Yang ada masa tu cuma aku, Atin, Akim, Kak Ayu dan Abang Aerol. Tak banyak pun, takpe la, janji ada datang.

Kami mula-mula bincang pasal program members challenge di bawah Gaya Hidup Kecergasan. Program tersebut pada mulanya mungkin diadakan di Pantai Similajau dan disertai dengan anggaran 20 peserta. Tetapi, timbul pulak masalah kos untuk pergi ke pantai tersebut. Setiap peserta berkemungkinan perlu membayar yuran RM 20.

Kem "suka suki" pun dicadangkan. Setiap peserta akan dibahagikan kepada kumpulan tapi tiada pertandingan yang serius la. Cuma santai-santai je. Kebun nenek Atin di Jepak pulak dicadangkan jadi tempat perkhemahan. Hahaha.

Masa bulan puasa nanti, mungkin akan ada solat terawih dan solat hajat. Berbuka sama-sama pun boleh. Hehehe. Dapat sungkey sama-sama. Kemungkinan akan diadakan pada tengah bulan puasa nanti.

Akhir sekali, aku mesti update blog Rakan Muda. Hehehe. Esok la aku update. Nak rehat sikit malam ni. Nak sambung buat novel ku. Hehehe

apa yang dorang buat tu?? hehehehe
Masa aku balik, tetibe pulak jumpa dengan rakan sekelas aku, Hafiz. Taktau apa yang dia buat. Hahaha.

Friday, July 29, 2011

ada seminar hari ni

hari ni ada Seminar SPM untuk kelas sastera pada pukul 7.30 sampai pukul 9.30. Pukul 10 nanti untuk kelas sains pulak. Kami pun berkumpul di Dewan Cenderawasih pada pukul 7. Bila dah sampai kat dewan, kami pun diberi dua edaran kertas yang mengandungi contoh-contoh karangan.

Seminar tu ialah Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM 2011 SMK Bintulu Bahasa Melayu. Tajuk seminar tu pulak Bagaimana Skor A dalam Bahasa Malaysia SPM oleh Puan Lee Siew Wan dari SMK Bandar.

Mula-mula, dia cakap pasal pengurusan masa untuk jawab kertas soalan. Lepas tu, dia mula bagitau strategi menjawab bahagian A: karangan berpandukan bahan rangsangan iaitu:

  • Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan,
  • Mempunyai isi-isi penting yang cukup,
  • Mempunyai idea yang relevan dan tersusun,
  • Mempunyai perenggan yang padu,
  • Menggunakan bahasa yang gramatis dan bervariasi,
  • Menggunakan kosa kata yang luas dan tepat,
  • Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul,
  • Menggunakan wacana yang lengkap dan ungkapan menarik.

Selepas tu, dia menerangkan pulak strategi menulis bahagian B: karangan umum iaitu:

  • Garisi kehendak soalan,
  • Sediakan rangka karangan,
  • Isi mesti dihuraikan,
  • Buat kesimpulan yang menggambarkan pendirian anda.

Bila dah abis menerangkan strategi-strategi tersebut, dia sambung pulak dengan tips-tips untuk Bahagian A dan Bahagian B.

  • Di Bahagian A, tulis rangka karangan secara ringkas dalam masa 10 minit. Untuk karangan berpandu, calon digalakkan menulis lima perenggan: Pendahuluan, Tiga Perenggan Isi, Penutup.
  • Di Bahagian B, tulis rangka karangan dalam masa tidak melebihi 15 minit. Karangan anda sewajarnya mengandungi tujuh perenggan: Pendahuluan, Lima Perenggan Isi, Penutup.
Akhir sekali, dia sempat bagitau tip yang last sekali:

JANGAN HANTAR KERTAS KOSONG!

Sunday, July 24, 2011

Konvokesyen Sukan Untuk Semua

Hari ni (23 Julai 2011), aku dan kawan-kawan aku pergi ke Konvokesyen Sukan Untuk Semua di Kemena Plaza Hotel. Aku dan Meon sampai awal jadi kami pun masuk la dulu. Manakala Atin, Amy, Sanah, Zul, Siti dan Mhieyja datang kemudian. Kami diberi sebuah fail yang mengandungi buku nota kecil, pen 1malaysia, tentatif konvokesyen, borang makluman dan borang pendaftaran. Aku pun isi la borang pendaftaran tersebut dan hantar. Konvokesyen tersebut dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Sarawak.

Kawan-kawan dari Rakan Muda pun ada yang datang, tapi ada jugak yang tak dapat datang. Konvokesyen itu bermula dengan sidang yang pertama pada pukul 8 iaitu mengenai Pemakanan Sihat oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu. Sidang yang kedua pulak tentang Penyediaan Bakat Sukan Negara daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Selepas tu, pada pukul 10, kami minum pagi. Hehe. Kami 8 sekawan pun duduk semeja. Ada mihun goreng, kuih-kuih, air teh dan nescafe. Kami pun lahap la semua. Hahahaha. Sidang ketiga bermula pada pukul 10.30 mengenai Pengurusan Cemerlang NGO's Sukan Massa oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).

Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) Peringkat Negeri Sarawak 2011 bermula pada pukul 11.30. Bila tetamu kehormat (YB Senator Pau Chiung Ung, Ahli Dewan Negara) dah datang dan bacaan doa pun dah abis, penyampaian pun bermula.

Dekat pukul 1.30, kami pun keluar untuk jamuan makan tengahari. Kali ni, banyak lagi makan disediakan. Aku apa lagi, makan la~ Hahaha






















Tu je untuk hari ni

Tuesday, July 19, 2011

Food Demonstration oleh Riamtech

Hari ini ada Food Demonstration dari chef-chef Riamtech. Program tersebut berlangsung pada pukul 7.40-9.00. Bila dah pukul 7.40, kami pun pergi la ke Dewan Cenderawasih. Di sana, kami lihat 3 orang chef (sebab dorang pakai baju chef dengan topi chef sekali) dan seorang lelaki berbaju hitam dari Riamtech (aku tak pasti kalau dia chef ke tak). Jadi ada 4 orang la dari Riamtech dalam dewan tu.

Kami pun diberi kertas resepi Macaroni Salad dan Fruit Tart. Selain itu, dorang bagi borang untuk kami lengkapkan, dan dihantar kemudian. Helaian pasal Riamtech Culinary Arts pun diberi kepada kami. Semua kertas-kertas tu diberi oleh lelaki berbaju hitam tu, nama dia Richard (kalau tak salah la). Hahahaha. Aku suka tengok dia, dia comel. Hhahahaa. Mata dia pulak warna coklat.






Bila chef-chef tersebut nak mulakan demonstrasi mereka, 2 orang chef kekal di depan dan seorang lagi ke belekang. Seorang chef kat depan tu memasak sambil seorang chef yang lebih tua pulak menerangkan cara-cara untuk memasak. Chef yang lebih tua tersebut dikatakan pernah berkhidmat kepada Brunei Royal Family. Chef kat belakang pula sibuk menyediakan hidangan untuk kami.


Pelajar-pelajar katering menolong chef-chef tersebut. Malah, cikgu-cikgu pula nampak lebih berminat daripada pelajar-pelajar. Sebahagian kami terpaksa berdiri sebab tak nampak apa yang dorang buat kat depan. Bila dorang dah selesai, kami dibenarkan untuk menjamu selera dengan 3 jenis hidangan.

Dekat pukul 9, habislah demonstrasi mereka. Selepas kami beredar, kami pun ambil la kesempatan untuk bergambar dengan dorang. Malah, dua kawan aku dapat topi chef dari dorang. Aku pun nak, tapi dah takde lagi. Huhuhu.




Bye-bye >.<

Sunday, July 17, 2011

aku dan handphone baru

Hari ni aku dapat handphone baru. Handphone Sony Ericsson aku rosak. Mic dia rosak. Sekarang pun nyawa-nyawa ikan je. Hhaha. Aku dapat handphone Nokia pulak dari ayah aku. Bukan aku tak bersyukur, tapi aku sebenarnya nak yang Sony Ericsson je.

Sony Ericsson W580i: Handphone aku yang dah nyawa-nyawa ikan
Aku dapat Nokia C2-01 untuk menggantikan Sony Ericsson W580i aku. Tapi aku masih guna handphone Sony Ericsson aku tu, cuma jarang la kot. Nokia tu untuk Celcom, Sony Ericsson tu untuk Maxis. Hehehe.


Nokia C2-01: Handphone yang ayah aku beri.

dia dan Liverpool

Hari Sabtu lepas (16 Julai), Harimau Malaya akan berlawan dengan Liverpool. Perlawanan tersebut diakhiri dengan 6 - 3 yang dimenangi oleh Liverpool.

Abang Nik, bekas pelatih Rakan Muda untuk Kem di Sungai Selad dulu, sempat menyaksikan perlawanan tersebut depan mata dia sendiri. Hhahaa. Dia sanggup pergi dari Bintulu ke KL semata-mata untuk tengok Liverpool berlawan.

Gambar ini dicuri dari Facebook Kak Ayu, di mana Abang Nik telah mengetag dia. Hahahaha
Tu je la untuk hari ni. Hehehe. Bye-bye

Saturday, July 16, 2011

hari Jumaat

Aku boring kat rumah. Nak ekot kawan-kawan aku pergi Kem Peringkat Negeri di Sebauh. Tapi aku tak terpilih. Hahahha. Aku sempat bawa handphone ke sekolah semata-mata nak tanya pasal dorang. Aku pun ber-SMS la dengan dorang. Tapi kesian pulak kalau bateri handphone dorang abis nanti. Macam la ada tempat cas handphone dalam hutan. Dah la tempat perkhemahan dorang tu ada pacat! Hahahha.

Apa-apa pun, disebabkan aku bawa handphone ke sekolah, aku dapat jadi paparazzi sekejap. Hahaha. Aku pun mula la snap gambar-gambar dalam kelas. Tak kesah la ada cikgu ke tak. Tangan aku setia mengsnapkan gambar-gambar. Hehehe.

Sejak kebelakangan ni, cikgu Amanda selalu datang ke kelas aku. Dia cuma nak tengok-tengok kelas je. Takde apa-apa pun. Kelmarin, dia bagitau bahawa kelas kami terpilih untuk tengok Food Demonstration yang dibuat oleh Riamtech pada Selasa minggu depan (19 Julai 2011) di Dewan Cenderawasih. Kami pun tak sabar nak tengok Food Demonstration tu. Hehehe.

aku nak tuala macam ni

Wednesday, July 13, 2011

aku dan pusak

Pusak bermaksud kucing. Aku cakap macam ni sebab aku tak suka kucing-kucing di kawasan kejiranan aku. Dorang berak merata-rata mengalahkan anjing. Dah la tetiba datang, depan rumah aku jugak tempat dorang lepak. Rasa macam nak dikelar leher kucing-kucing tu. Tapi tak dapat, sebab tu namanya zalim. Hhahaha.

Entry post kali ini bukan pasal kucing atau sifat ketidaksenangan aku terhadap kucing. Aku pun tak tau nak post apa hari ni. Petang tadi ada perjumpaan Rakan Muda untuk dorang yang terpilih. Aku tak terpilih, jadi aku tak pergi la. Tapi aku memang nak pergi dan tengok la, apa yang dorang buat. Takpe la.

aku dan PLKN

Kelmarin dah boleh semak kemasukan pelatih terpilih untuk PLKN! Hehe. Aku tak terpilih! Kat sekolah pun cikgu bagitau yang dah boleh semak kemasukan pelatih terpilih untuk PLKN. Ramai la kawan aku yang bawa hp pun semak. Ada yang dapat, ada yang tak dapat. Hahahaha.


Tapi aku sebenarnya nak ekot. Cikgu kata boleh buat permohonan. Kawan aku pun kata macam tu. Tak nak la. Takut kena buli nanti. Hhahahaha.

Korang boleh semak dari laman web PLKN, ataupun menggunakan SMS dengan menghantar PLKN SEMAK NO-IC ke 15888.

Monday, July 11, 2011

Rukun Rakan Muda

Selama ni, aku cuma perlu ingat 3 rukun je. Rukun Negara, Rukun Islam dan Rukun Iman. Hahahha. Tapi bila aku dah dapat Pasport Gangsa Rakan Muda, aku perlu ingat Rukun Rakan Muda pulak.

Bagi mencapai wawasan negara dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (Maka Kami) generasi muda peserta program Rakan Muda akan sentiasa mematuhi prinsip berikut:-
  1. Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara.
  2. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia.
  3. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan.
  4. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang.
  5. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai.
  6. Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat.
  7. Mengutamakan keselamatan semasa menyertai program. 

gambar kelas 5C

Ingat tak blog post aku pasal gambar kelas tu? Haha. Ini sambungannya.

(Klik untuk besarkan lagi)Dari kiri ke kanan:
Barisan atas: Allister, Shayne, Shahir, Brine, Nickolic, Hii, Alexsion, Nazirul, Aku, Felix dan Peter
Barisan bawah: Sabrina, Nurieda, Sharizan, Cikgu Ruis, Stephanie, Susie dan Esha
Inilah gambar kelas 5C. Nanna, Lydia dan George takde sebab dorang tak pakai baju sekolah sebab hari tu ada waktu PJK. Shamsul pulak ada latihan kompang. Orang-orang yang tak hadir ialah: Zulfadli, Fairuz, Stanislaus, Esther, Hasmiza, Farah, Fifi, Hafiz, Basir, Arbi, John, Fatin, Levennia, Marilyn, Yee, Cecelia dan Shahmirzul. Dari 38 pelajar, 17 orang tak hadir. 17 orang yang bergambar dan 4 orang tak dapat bergambar.

Saturday, July 9, 2011

perjumpaan Rakan Muda ke-2

Aku sepatutnya tak boleh keluar hari ni. Sebab mama larang. Tapi aku cuma nak pergi ke perjumpaan Rakan Muda je. Bukan nak pakai baju kuning dan join perhimpunan "bersih" tu. Aku turun jugak sebab nak ambil pasport dan diari Rakan Muda.

Aku pun jumpa la kawan-kawan aku (Meon, Fai, Zul, Siti, Sanah, Atin dan Amy) kat waf tambang. Aku dan Meon jalan kaki ke Pejabat Rakan Muda. Dorang lain pakai bas. Hahaha. Bila dah masuk Pejabat tu, kami pun rilek-rilek kat sofa. Lama juga kami nak tunggu masa mesyuarat.

Bila masa untuk mesyuarat, dorang pun panggil kami. Dorang bagi sijil untuk yang ekot Y-Blog. Pastu, pelantikan untuk jawatan-jawatan kosong pun bermula. Aku dapat jawatan Ketua Biro Inovasi! Hahahaha. Tak lama lepas tu, masa dah tengah hari. Kami pun makan tengah hari kat Pejabat tu. Aku makan je la, bukan perlu bayar pun. Memang kenyang la. Hahaha.



Dah abis makan, kami berkumpul balik. Kali ni, baru pasport dan diari Rakan Muda diberi. Kami semua dapat Gangsa punya. Dorang pun terangkan butir-butiran buku tu. Termasuklah pasal Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Komponen-komponen anugerah ialah:

  • Khidmat Masyarakat (Rakan Masyarakat)
  • Kemahiran (Rakan Inovasi, Rakan Wirausaha, Rakan Seni Budaya, dan Rakan Siber)
  • Penjelajahan Lasak (Rakan Cinta Alam)
  • Rekreasi Fizikal (Rakan Kecergasan, dan Rakan Wajadiri)

Selepas penerangan tentang buku tu, kami pun tengok Karak! Hhahaha. Lepas tengok Karak, kami pergi ke Parkcity Mall sekejap dan balik. Aku tak terpilih untuk pergi ke Kem Peringkat Negeri. Takpe la, bukan rezeki. Dapat jugak aku fokus SPM. Hehehe

Pasport dan Diari Gangsa Rakan Muda

Thursday, July 7, 2011

follower ke-100





Bukan aku nak show-off la. Tapi blog aku dah ada 100 followers!! Hehehe. 101 followers sebenarnya sekarang. Hahahah. So ni macam best la bagi aku untuk dapat 101 followers ni. Hahaha



Terima Kasih hani apandi!! >.<

Tuesday, July 5, 2011

aku dan pelan minggu ini

Ingat tak pelan minggu yang aku buat minggu lepas? Hahaha. Selalunya aku tak ekot pun apa yang aku rancang. Tapi kali ni aku dapat. Hehehe.

Aku dah laksanakan separuh daripada tu. Folio PS aku dah siap, binding dan semuanya. Aku buat biasa-biasa je. Hahaha.



Pafa pun dah abis hafal. Ustazah kata boleh baca dengan kawan.Tu la senang sikit nak hafal. Hahaha.

Tapi Kad PS aku masih belum buat. Aku nak buat hujung minggu ni dan hantar minggu depan sebab cikgu tak minta hantar pun masa sekolah tadi. Hahaha.

Monday, July 4, 2011

makan di rumah kawan

Aku dan 4 orang kawan aku (Fai, Esther, Susie dan Meon) merancang untuk pergi ke rumah Fai hari ni.

Aku disuruh untuk bawa telur dan laptop. Hahaha.

Lepas sekolah, pukul 2, aku pun pergi la ke pasar. Tiba-tiba pulak Susie panggil aku dan suruh aku masuk kereta kawan dia. Aku duduk kat belakang dengan Fai dan Esther dalam kereta tu. Kawan kepada Susie yang memandu. Kami pun pergi ke Parkcity Mall untuk beli daging lamb. Hahaha. Selain tu, kami sempat beli keropok. Hehehe.

Kami pun balik terus ke rumah kawan aku lepas beli barang-barang tu. Tapi kami terpaksa tunggu Meon lagi sebab dia ada bawa barang-barang masakan yang lain. Bila dia dah datang kami pun mula la memasak.


Banyak juga lauk kami. Sampai ada yang lebih lepas makan. Yang best nya, masa kami tengah makan, tiba-tiba pulak blackout. Kami pun makan dalam gelap sambil ketawa. Apa-apa pun, bila kami dah abis makan, baru elektrik ada balik. Hahaha.

Lepas makan, aku pun buka la laptop aku. Aku tunjuk dengan Esther dan Susie pasal pengalaman aku, Fai dan Meon masa perkhemahan Rakan Muda tu. Memang best la. Hahaha.

Sunday, July 3, 2011

pelan minggu depan

Minggu depan tu esok la! Hahaha. Esok kan hari Isnin dah. Takde cuti-cuti lagi.

  • Siapkan Folio PSV dan Kad Ucapan PSV
Sepatutnya aku siapkan dan hantar Folio aku dulu dah. Tapi penyakit MALAS aku datang dan aku menangguh kerja-kerja Folio aku. Orang lain dah hantar, dah siap, dah buat kad dah. Tapi aku baru je nak gam gambar-gambar, warna lukisan aku tu, dan lain-lain la. Harap-harap la aku sempat siapkan Folio dan Kad PSV tu nanti.

  • Habiskan PAFA
Aku masih belum habiskan PAFA aku. Tapi aku dah abis hampir kesemua Kod kecuali Kod 11 dalam bahagian yang perlu baca lafaz dan doa sebab yang tu perlu baca dengan ustazah. Apa-apa pun, aku gerenti dapat hafal. Hahahha

Tu je la untuk hari ni. Bye-bye~