Hari ini ada Food Demonstration dari chef-chef Riamtech. Program tersebut berlangsung pada pukul 7.40-9.00. Bila dah pukul 7.40, kami pun pergi la ke Dewan Cenderawasih. Di sana, kami lihat 3 orang chef (sebab dorang pakai baju chef dengan topi chef sekali) dan seorang lelaki berbaju hitam dari Riamtech (aku tak pasti kalau dia chef ke tak). Jadi ada 4 orang la dari Riamtech dalam dewan tu.
Kami pun diberi kertas resepi Macaroni Salad dan Fruit Tart. Selain itu, dorang bagi borang untuk kami lengkapkan, dan dihantar kemudian. Helaian pasal Riamtech Culinary Arts pun diberi kepada kami. Semua kertas-kertas tu diberi oleh lelaki berbaju hitam tu, nama dia Richard (kalau tak salah la). Hahahaha. Aku suka tengok dia, dia comel. Hhahahaa. Mata dia pulak warna coklat.
Bila chef-chef tersebut nak mulakan demonstrasi mereka, 2 orang chef kekal di depan dan seorang lagi ke belekang. Seorang chef kat depan tu memasak sambil seorang chef yang lebih tua pulak menerangkan cara-cara untuk memasak. Chef yang lebih tua tersebut dikatakan pernah berkhidmat kepada Brunei Royal Family. Chef kat belakang pula sibuk menyediakan hidangan untuk kami.
Pelajar-pelajar katering menolong chef-chef tersebut. Malah, cikgu-cikgu pula nampak lebih berminat daripada pelajar-pelajar. Sebahagian kami terpaksa berdiri sebab tak nampak apa yang dorang buat kat depan. Bila dorang dah selesai, kami dibenarkan untuk menjamu selera dengan 3 jenis hidangan.
Dekat pukul 9, habislah demonstrasi mereka. Selepas kami beredar, kami pun ambil la kesempatan untuk bergambar dengan dorang. Malah, dua kawan aku dapat topi chef dari dorang. Aku pun nak, tapi dah takde lagi. Huhuhu.
Bye-bye >.<
No comments:
Post a Comment