Aku pun jumpa la kawan-kawan aku (Meon, Fai, Zul, Siti, Sanah, Atin dan Amy) kat waf tambang. Aku dan Meon jalan kaki ke Pejabat Rakan Muda. Dorang lain pakai bas. Hahaha. Bila dah masuk Pejabat tu, kami pun rilek-rilek kat sofa. Lama juga kami nak tunggu masa mesyuarat.
Bila masa untuk mesyuarat, dorang pun panggil kami. Dorang bagi sijil untuk yang ekot Y-Blog. Pastu, pelantikan untuk jawatan-jawatan kosong pun bermula. Aku dapat jawatan Ketua Biro Inovasi! Hahahaha. Tak lama lepas tu, masa dah tengah hari. Kami pun makan tengah hari kat Pejabat tu. Aku makan je la, bukan perlu bayar pun. Memang kenyang la. Hahaha.
Dah abis makan, kami berkumpul balik. Kali ni, baru pasport dan diari Rakan Muda diberi. Kami semua dapat Gangsa punya. Dorang pun terangkan butir-butiran buku tu. Termasuklah pasal Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Komponen-komponen anugerah ialah:
- Khidmat Masyarakat (Rakan Masyarakat)
- Kemahiran (Rakan Inovasi, Rakan Wirausaha, Rakan Seni Budaya, dan Rakan Siber)
- Penjelajahan Lasak (Rakan Cinta Alam)
- Rekreasi Fizikal (Rakan Kecergasan, dan Rakan Wajadiri)
Selepas penerangan tentang buku tu, kami pun tengok Karak! Hhahaha. Lepas tengok Karak, kami pergi ke Parkcity Mall sekejap dan balik. Aku tak terpilih untuk pergi ke Kem Peringkat Negeri. Takpe la, bukan rezeki. Dapat jugak aku fokus SPM. Hehehe
Pasport dan Diari Gangsa Rakan Muda |
No comments:
Post a Comment