Hari ni (23 Julai 2011), aku dan kawan-kawan aku pergi ke Konvokesyen Sukan Untuk Semua di Kemena Plaza Hotel. Aku dan Meon sampai awal jadi kami pun masuk la dulu. Manakala Atin, Amy, Sanah, Zul, Siti dan Mhieyja datang kemudian. Kami diberi sebuah fail yang mengandungi buku nota kecil, pen 1malaysia, tentatif konvokesyen, borang makluman dan borang pendaftaran. Aku pun isi la borang pendaftaran tersebut dan hantar. Konvokesyen tersebut dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Sarawak.
Kawan-kawan dari Rakan Muda pun ada yang datang, tapi ada jugak yang tak dapat datang. Konvokesyen itu bermula dengan sidang yang pertama pada pukul 8 iaitu mengenai Pemakanan Sihat oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu. Sidang yang kedua pulak tentang Penyediaan Bakat Sukan Negara daripada Institut Sukan Negara (ISN).
Selepas tu, pada pukul 10, kami minum pagi. Hehe. Kami 8 sekawan pun duduk semeja. Ada mihun goreng, kuih-kuih, air teh dan nescafe. Kami pun lahap la semua. Hahahaha. Sidang ketiga bermula pada pukul 10.30 mengenai Pengurusan Cemerlang NGO's Sukan Massa oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).
Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) Peringkat Negeri Sarawak 2011 bermula pada pukul 11.30. Bila tetamu kehormat (YB Senator Pau Chiung Ung, Ahli Dewan Negara) dah datang dan bacaan doa pun dah abis, penyampaian pun bermula.
Dekat pukul 1.30, kami pun keluar untuk jamuan makan tengahari. Kali ni, banyak lagi makan disediakan. Aku apa lagi, makan la~ Hahaha
Tu je untuk hari ni
No comments:
Post a Comment