I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)

Friday, July 29, 2011

ada seminar hari ni

hari ni ada Seminar SPM untuk kelas sastera pada pukul 7.30 sampai pukul 9.30. Pukul 10 nanti untuk kelas sains pulak. Kami pun berkumpul di Dewan Cenderawasih pada pukul 7. Bila dah sampai kat dewan, kami pun diberi dua edaran kertas yang mengandungi contoh-contoh karangan.

Seminar tu ialah Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM 2011 SMK Bintulu Bahasa Melayu. Tajuk seminar tu pulak Bagaimana Skor A dalam Bahasa Malaysia SPM oleh Puan Lee Siew Wan dari SMK Bandar.

Mula-mula, dia cakap pasal pengurusan masa untuk jawab kertas soalan. Lepas tu, dia mula bagitau strategi menjawab bahagian A: karangan berpandukan bahan rangsangan iaitu:

  • Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan,
  • Mempunyai isi-isi penting yang cukup,
  • Mempunyai idea yang relevan dan tersusun,
  • Mempunyai perenggan yang padu,
  • Menggunakan bahasa yang gramatis dan bervariasi,
  • Menggunakan kosa kata yang luas dan tepat,
  • Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul,
  • Menggunakan wacana yang lengkap dan ungkapan menarik.

Selepas tu, dia menerangkan pulak strategi menulis bahagian B: karangan umum iaitu:

  • Garisi kehendak soalan,
  • Sediakan rangka karangan,
  • Isi mesti dihuraikan,
  • Buat kesimpulan yang menggambarkan pendirian anda.

Bila dah abis menerangkan strategi-strategi tersebut, dia sambung pulak dengan tips-tips untuk Bahagian A dan Bahagian B.

  • Di Bahagian A, tulis rangka karangan secara ringkas dalam masa 10 minit. Untuk karangan berpandu, calon digalakkan menulis lima perenggan: Pendahuluan, Tiga Perenggan Isi, Penutup.
  • Di Bahagian B, tulis rangka karangan dalam masa tidak melebihi 15 minit. Karangan anda sewajarnya mengandungi tujuh perenggan: Pendahuluan, Lima Perenggan Isi, Penutup.
Akhir sekali, dia sempat bagitau tip yang last sekali:

JANGAN HANTAR KERTAS KOSONG!

No comments:

Post a Comment