I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)

Tuesday, August 2, 2011

selamat berpuasa

selamat berpuasa! pada hari ini (1 Ogos 2011) bermula lah bulan ramadan iaitu bulan berpuasa. sebagai seorang muslim, kita haruslah melaksanakan ibadah puasa yang terdapat dalam Rukun Islam. jadi aku takleh makan dan minum dan melakukan semua benda yang boleh membatalkan puasa aku dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

aku dah tau sangat yang bulan Ramadan dah nak datang. korang nak tau macam mana? buka TV dan tengok kalau iklan Yusuf Taiyoob dah ada ke tak. kalau ada, bulan puasa la tu. hahahaha.

pagi tadi aku bangun pukul 3.30 tapi aku malas nak bangun dari katil. pukul 4 baru aku mampu keluar dari bilik pergi ke dapur. hehehe. mama dah buat air dah. mama tengah memasak nasi goreng masa tu. aku pun minum la teh susu yang mama dah letak atas meja. sempat pulak aku on Facebook. hehehe.

bila mama dah masak nasi goreng. aku pun datang balik ke dapur. aku dan mama makan nasi goreng yang masih panas tu. mama aku makan nasi goreng dengan sayur dan ayam KFC. aku makan nasi goreng macam tu je. huhuhu. lepas abis makan nasi goreng, aku abiskan teh susu aku. aku pun online pastu. bila dah boring balik, aku pun off Facebook.

sekarang dah pukul 11 pagi. dah nak tengah hari dah. petang nanti keluar nak beli barang sikit. lepas tu pergi Bazaar Ramadhan. harap-harap la dapat jumpa dengan si dia. hehehe.

mesti la warna hijau~ hehehe

1 comment: