hari Isnin (kelmarin) ada PSK. bukan sebab aku tak suka subjek Sivik, tapi cikgu BM nak ambil alih kelas Sivik. jadi, lepas kelas PI, nampak la muka cikgu BM dalam kelas. aku pun salin ke la nota KOMSAS Dato Onn yang cikgu tulis kat papan hitam. masa aku salin tu, tetiba pulak cikgu BM aku kata jangan selalu online Facebook. aku pun terkejut la. nampak sangat dia stalk FB aku. haish. dah la dia kata dia nak post macam-macam kat wall aku. alahai~
hari ni pulak lain citer. tapi cikgu BM masih ungkit pasal FB tu. aku pun tak tau kenapa. hahaha. pada masa Sains, kawan aku ajak berbuka sama-sama kat Sugarbun hari Ahad nanti. masalahnya, aku takde transport la. macam-macam je dorang ni. hahaha. masa PJK pun diambil alih oleh cikgu Sains sebab takkan la nak PJ masa puasa ni.
cikgu BM stalk FB aku
teringat cerita ari seorang guru merangkap blogger lepasan UPSI beberapa minggu lepas, seorang pelajar di buang sekolah kerana post2 melampau di FB ... awk ni kawan Ahmady kan? :)
ReplyDeletehaha. saya suda block itu punya cikgu. hahaha. yup. saya ni kawan ahmady. :)
ReplyDelete