I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)

Friday, August 12, 2011

pedagogi sains

hari ni tadi (12 Ogos), ada seminar sains. tak abis-abis dengan seminar. haha. macam biasa, seminar tersebut mula pada pukul 7.30 sampai pukul 9.30. penceramah kali ini ialah dari SMK Bandar Bintulu iaitu Puan Misna Juin. tajuk seminar pulak Teknik Menjawab Sains SPM 1511.

dalam seminar ini; dia menerangkan tentang kesilapan yang pelajar kerap lakukan apabila menjawab kertas 2 yang mengandungi soalan-soalan eksperimen dan teori; antaranya ialah:

  • tidak dapat mengenalpasti bentuk graf,
  • tidak dapat menulis definisi berdasarkan pemerhatian (operational definition),
  • tidak dapat menulis pemerhatian (observation),
  • tidak dapat menulis sebab kepada pemerhatian (inference),
  • tidak dapat menulis hubungan berdasarkan graf.

dia juga bagi tips-tips untuk menjawab soalan nanti:

  • kuasai fakta dalam buku teks,
  • sentiasa mengamalkan teknik menjawab,
  • berlatih menjawab mengikut kehendak soalan,
  • berikan jawapan sepadan dengan markah yang diperuntukkan,
  • kuasai istilah/glosari sains,
  • sentiasa berdoa kepada Tuhan.

No comments:

Post a Comment