I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)

Saturday, August 27, 2011

sungkei bersama kawan kawan

Nazirul dan Mija
sungkei maksudnya berbuka puasa. hehe. sungkei = iftar. tu la maksudnya. haha. hari ni, kawan aku ajak berbuka puasa sama-sama di KFC. aku pun ok je la. haha.

aku dan Meon jumpa Mija dan Nazirul kat depan Li Hua Plaza. lepas tu, kami sama-sama ke KFC. bila kami dah order, kami pun duduk di tingkat atas. hehe. kami pun tengok-tengok la family sebelah kami, nak tau bila masa berbuka. bila dorang dah berbuka, kami pun berbuka. hahaha.


SEBELUM


SELEPAS
best sangat-sangat bila dapat berbuka dengan kawan-kawan. tapi yang payah lepas tu, aku dan Meon terpaksa cari teksi pada malam-malam. nasib baik dapat jugak cari teksi. huhu. pengalaman best la! hahaha

Thursday, August 25, 2011

kelas aku nak raya

hahaha. betul la. kelas aku nak raya!! hahaha. tak sabar sangat. masa kat sekolah tadi, kawan aku bawak banyak ketupat-ketupat yang dibuat dari riben. ye la, takkan nak bawak ketupat yang real kot. hahaha. apa-apa pun, dorang ada bawak kad raya dan lampu raya sekali! haha. tapi lampu tu dah rosak, tu la boleh bawak ke sekolah ni. giler ar nak bawak benda bagus-bagus ke sekolah, bagus lagi gantung kat rumah kannn? hahaha. ada jugak yang bawak kertas membalut untuk buat terabai.


jadi, kami pun mula la menghias kelas. walaupun hari ni exam, tapi kelas kami takde exam pun masa tu. exam kami lepas rehat je. kami pun guna la masa tu untuk menghias. ni la gelagat-gelagat kelas 5C bila menghias kelas. siap kena marah cikgu pulak sebab kelas kami bising. hehehe.

gambar-gambar ini telah dicuri daripada Basir, seorang pelajar 5C. hahaha. bukan apa, aku tak bawak handphone hari ni. tu la aku tak dapat nak meng-snap-kan gambar-gambar sendiri. huhu.






kelas 5C dalam aksi! hahahaha

tak sabar nak raya. hehehe

Monday, August 22, 2011

Time To Love

aku suka sangat-sangat dengan lagu T.T.L (Time To Love) dari T-ara dan Supernova. bila dorang ada lagu T.T.L.Listen 2, lagi la aku suka. hahaha. tetiba pulak Supernova ada lagu T.T.L.3 dengan T-ara lagi. hahahaha. pastu, ada pulak orang edit lagu T-ara - Ma Boo jadi T.T.L.4. tapi memang best la. hahaha


T-ara & Supernova - T.T.L (Time To Love)

T-ara & Supernova - T.T.L.Listen 2

Teaser untuk T.T.L.3

enjoy! hahaha

Saturday, August 20, 2011

jam dan kasut

petang tadi, aku, mama dan ayah pergi ke pasar. kazen aku, abang anton yang bawak kami keluar. hehehe. dekat pukul 1.30 petang, dia pun datang. kami pergi ke bengkel kereta dulu sebab nak atur sesuatu pasal kereta tu. kereta tu selalu buat bunyi masa memandu. ayah dan kazen aku pun tunggu la kat bengkel tu manakala aku dan mama pergi ke kedai kasut tak jauh dari situ. hehehe. aku nak beli kasut pakai raya nanti. hehehe.

bila dah beli kasut, aku, mama, ayah dan kazen aku pergi ke Parkcity Mall. kat sana, aku tertarik tengok sebuah jam ni. hahaha. kebetulan pulak jam aku dah putus tali, aku pujuk la ayah aku belikan jak baru tu. aku beli jam pulak. hehehe. lepas tu, kami pergi ke tingkat atas. aku dan mama pergi ke Popular, ayah dan kazen aku pergi ke kedai komputer tingkat atas lagi.



bila dah nak balik, kami pergi ke Ngiukee dan AM Mini Market sebab nak beli air tin. ayah aku beli air tin cola dan air krim soda. masa aku tunggu-tunggu ayah aku, aku pun main la dengan handphone kazen aku. aku pun tengok la citer Happy Gilmore kat handphone Nokia N8 dia tu. hehehe. tapi aku tak sempat nak tengok sampai habis sebab nak pergi ke bazzar lepas tu.

kami pun beli la makanan kat bazaar untuk berbuka nanti. hehehe.

boring >.<

Friday, August 19, 2011

study group

hari ni, aku dan kawan-kawan aku pergi ke Library BDA. aku, Susie,Fafaa, Nazirul, Esther, Pearl dan Fai pun berada di library dekat pukul 3 petang. tapi kami sebenarnya rancang nak pukul 2.30. hahaha. sepatutnya Meon pun datang, tapi ada perselisihan kat sekolah tadi, tu dia tak datang. hahahaha. aku tumpang ayah aku pergi kerja tadi nak ke library. bila aku sampai, dorang Susie, Pearl, Fafaa, Esther dan Nazirul dah datang dah. Nazirul memang setiap hari pergi ke library. rajin kan? tapi Pearl dan Susie tengah main facebook. hahaha. tak lama pastu, Fai datang.

dekat pukul 4, kami berhenti. hahaha. tak lama kan kami belajar? hahaha. Nazirul terus pulang lepas tu. kami pergi ke dewan suarah dan jalan-jalan kat kawasan sekitar tu sebab nak tunggu kakak Fafaa datang nanti. kami nak tumpang dorang pergi pasar. hahaha. tapi bila masa dekat pukul 5, kakak Fafaa masih tak balas-balas mesej, jadi kami pun call teksi. teksi tu pun hantar Fafaa balik manakala kami 5 pun terus ke pasar. kami berhenti di Citypoint. pemandu teksi yang baik hati tu pulak sempat bagi kami 2 pen free setiap seorang! hehehe.




kat Citypoint, kami pun pergi ke tingkat 4 sebab dorang nak karaoke. aku pun tengok je la. hahaha. dekat pukul 6, baru dorang habis nyanyi. hahaha. dorang sempat pulak rilek-rilek kat kerusi urut tu. hahahaha. lepas tu pulak dorang tengok high heel kat SOS. haha. kami pun berpisah lepas tu. aku pergi ke bazaar sebab nak beli kuih yang mak aku pesan. aku cari dia, tapi dia dah takde. huhu.

Wednesday, August 17, 2011

dorang dapat notebook 1malaysia

haha. hari ni, dorang dapat notebook 1malaysia tu. sebenarnya, dulu dah dorang tau yang dorang akan dapat notebook tu. selepas berbulan-bulan menunggu, akhirnya datang jugak notebook tu. dorang (Fai, Susie, Steph dan Mija) disuruh pergi ke dewan untuk mengambil notebook dorang.

aku dan kawan aku (Meon) pun ambil kesempatan untuk keluar dari kelas bila masa PS abis. bila cikgu dah keluar, kami pun keluar. hahaha. kami pun pergi ke dewan dan tengok banyak notebook tu dalam lori. pengawas-pengawas yang bertugas untuk ambil notebook-notebook tu dari lori. aku pun tengok la ke dalam dan dapat lihat yang dorang diberi ceramah. hahahaha.

bila dorang balik, kami pun menyerbu la dorang sebab nak tengok notebook tu. ini lah rupanya:

kotak notebook tu
notebook 1malaysia!! hahaha










Fai, Susie dan Meon (sambil memegang notebook Mija)
tu je la. hahaha.

Monday, August 15, 2011

keluar ke Bazaar

hahaha. hari ini, aku dan kawan-kawan aku (Meon dan Fai) keluar jalan-jalan kat pasar. sumpah boring kat rumah. lagipun, dorang dah ajak, takkan taknak pulak. hahahah. aku pun pergi ke pasar dekat pukul 3 petang. jumpa dorang kat bawah Li Hua Plaza. Fai nak beli Sony Ericsson Experia. lepas dia beli, kami pun pergi ke Citypoint.

kat Citypoint, kami masuk ke lif. bulan puasa, takkan nak guna tangga? hahaha. malas nak pergi ke escalator. hahahaha. kami nak pergi ke tingkat 2, tapi Meon tekan tingkat 6 pulak. bila pintu lif buka, gelap gelita tingkat 6. macam dalam citer hantu yang kita tengok kat tv tu. hahahaha. kami pun cepat-cepat tutup pintu lif tu dan tekan tingkat 4. hahaha. kami pun pergi ke KBOX, tempat karaoke kat tingkat 4 tu.

ada 2 mikrofon, jadi aku tak nak nyanyi la. lagipun, suara aku ni bukannya sedap sangat pun. hahaha. dorang je la yang nyanyi. dorang nyanyi lagu Girls' Generation - Run Devil Run, Genie, Gee dan Bruno Mars - Grenade.

bila dah abis. kami pun pergi ke Bazaar Ramadan kat Esplanade Bintulu. aku beli roti canai, lama sangat tak makan tu. hehehe. aku nak beli mi goreng dan ayam goreng, tapi takut tak cukup duit nak balik rumah nanti. huhuhu. masa tengah pusing-pusing bazaar tu, ternampak la pulak ada orang main kereta kawalan jauh (remote control cars) aku pun tengok-tengok je la sekejap.

Friday, August 12, 2011

pedagogi sains

hari ni tadi (12 Ogos), ada seminar sains. tak abis-abis dengan seminar. haha. macam biasa, seminar tersebut mula pada pukul 7.30 sampai pukul 9.30. penceramah kali ini ialah dari SMK Bandar Bintulu iaitu Puan Misna Juin. tajuk seminar pulak Teknik Menjawab Sains SPM 1511.

dalam seminar ini; dia menerangkan tentang kesilapan yang pelajar kerap lakukan apabila menjawab kertas 2 yang mengandungi soalan-soalan eksperimen dan teori; antaranya ialah:

  • tidak dapat mengenalpasti bentuk graf,
  • tidak dapat menulis definisi berdasarkan pemerhatian (operational definition),
  • tidak dapat menulis pemerhatian (observation),
  • tidak dapat menulis sebab kepada pemerhatian (inference),
  • tidak dapat menulis hubungan berdasarkan graf.

dia juga bagi tips-tips untuk menjawab soalan nanti:

  • kuasai fakta dalam buku teks,
  • sentiasa mengamalkan teknik menjawab,
  • berlatih menjawab mengikut kehendak soalan,
  • berikan jawapan sepadan dengan markah yang diperuntukkan,
  • kuasai istilah/glosari sains,
  • sentiasa berdoa kepada Tuhan.

Wednesday, August 10, 2011

Cascada - Night Nurse

rindu nak dengar lagu Cascada. mula minat dorang masa Evacuate the Dancefloor keluar. tapi berhenti sekejap masa Pyromania. tak tau la kenapa. hahaha

Cascada - Night Nurse

Tuesday, August 9, 2011

hari Selasa

hari ni hari Selasa. hahaha. pelik pelik. erm.

hari Isnin (kelmarin) ada PSK. bukan sebab aku tak suka subjek Sivik, tapi cikgu BM nak ambil alih kelas Sivik. jadi, lepas kelas PI, nampak la muka cikgu BM dalam kelas. aku pun salin ke la nota KOMSAS Dato Onn yang cikgu tulis kat papan hitam. masa aku salin tu, tetiba pulak cikgu BM aku kata jangan selalu online Facebook. aku pun terkejut la. nampak sangat dia stalk FB aku. haish. dah la dia kata dia nak post macam-macam kat wall aku. alahai~

hari ni pulak lain citer. tapi cikgu BM masih ungkit pasal FB tu. aku pun tak tau kenapa. hahaha. pada masa Sains, kawan aku ajak berbuka sama-sama kat Sugarbun hari Ahad nanti. masalahnya, aku takde transport la. macam-macam je dorang ni. hahaha. masa PJK pun diambil alih oleh cikgu Sains sebab takkan la nak PJ masa puasa ni.

cikgu BM stalk FB aku

Saturday, August 6, 2011

suatu hari di PKRM

hari ni, aku dan kawan aku (Meon) pergi ke PKRM sebab ada perjumpaan Rakan Muda. kami berdua pergi pakai bas. bila dah sampai, kami pun jumpa la Rekko, Jerome dan Jerry kat luar PKRM. kami semua pun masuk la ke PKRM.

Kak Ayu dan Akim dah ada kat PKRM. kami pun mula bermesyuarat pasal aktiviti untuk puasa ni. mula-mula, pada minggu depan (13 Ogos), ada berbuka puasa beramai-ramai kat PKRM. makanan bawak sendiri. minuman pulak mungkin boleh disediakan. lepas berbuka, solat maghrib, solat isyak dan solat terawih akan dilaksanakan.

malang sekali, aku rasa aku tak dapat ekot. sebab akhir sangat balik nanti. aku bukannya ada transport pun. paling awal balik pun mungkin pukul 9 malam. kalau datang, aku boleh je. tapi pulang, macam mana? jadi tak dapat la aku datang nanti. takpe la.



akhir sekali, bila dah nak balik lepas perjumpaan tu, aku dan Meon minta tolong Kak Ayu untuk hantarkan kami ke Parkcity Mall. nak jalan-jalan kejap. dia pun tolong la. baik kan dia? hehehe.

kelas aku dan voucher KFC

hari ini khamis yang lalu (4 Ogos), ada pelajar datang ke kelas kami dan memberi kertas kepada ketua tingkatan. kat kertas tu bagitau, esok mesti ambil hadiah sebab kelas kami dah menang Sudut Bacaan Kelas Terbaik untuk kategori Tingkatan 5. hehehe.





jadi, pada keesokan harinya, pada hari jumaat (5 Ogos), ketua tingkatan kelas aku, Eijan pun pergi la untuk ambil hadiah tu. sebab tu la dia lambat masuk untuk seminar english tu. bila dah abis seminar, kami sekelas pun tanya la kat Eijan, apa hadiah nya? dia pun ambil la sampul surat besar dan mengeluarkan 5 voucher KFC yang bernilai RM20. maksudnya, kami ada voucher bernilai RM100 di tangan kami! eh salah. di tangan Eijan. hahaha.



Friday, August 5, 2011

ada seminar lagi

hari ni ada seminar lagi. tak abis-abis dengan seminar. hahaha. kali ni pulak, seminar Bahasa Inggeris. nama seminar kali ni ialah Academic Excellence Workshop untuk SPM English 1119. penceramah kami pulak ialah guru dari sekolah kami sendir, cikgu Jimmy Then. seminar ini berlaku pada pukul 7.30 sampai 9.30 di bilik mesyuarat. memang sejuk la dalam tu. hehehe.


dia terangkan tips-tips untuk paper 2 dulu dalam bahagian information transfer dan comprehension iaitu:

  • spelling must be correct (information transfer)
  • use of small/capital letters must be correct (information transfer)
  • answer should be short as possible (information transfer)
  • no need to answer in complete sentences (information transfer & comprehension)
  • intelligent copying from the stimulus is allowed
  • answer all questions
  • if you don't know the answer, make a guess (comprehension)
  • do not copy more than relevant sentence(s)
  • remember to change the pronouns (comprehension)

untuk summary, poems and novel, dan writing (paper 1) pulak ialah:

  • read the question carefully
  • look for at least 10 points and includes all points given (summary and writing)
  • only change the sentences of you are very sure
  • write in one paragraph (summary)
  • use the 10 words given (summary)
  • all sections are important
  • know your poems and novel well (poems and novel)
  • do not copy from extracts, provide textual evidence (poems and novel)
  • write a draft (summary and writing)
  • give personal response (poems and novel)
  • know the format you are writing (writing)
  • decides how many elaborations are needed (writing)
  • avoid errors as much as possible



lepas habis tu, kami pun sambung la sesi persekolahan macam biasa. hehe

Wednesday, August 3, 2011

bulan puasa bulan merdeka

bulan puasa dah pun datang. tapi pada yang sama, bulan merdeka juga datang bersamanya. manakan tak, bulan puasa dan bulan merdeka dalam bulan yang sama; bulan 8 iaitu bulan Ogos.

strive for excellence: tengok bendera malaysia tu. hehehehe

jalur gemilang di mana-mana
sebab tu la kat sekolah aku cuti hari isnin tu (1 Ogos). mungkin nak meraikan hari pertama puasa dan hari pertama bulan merdeka kot. apa-apa pun, hari selasa tu (2 Ogos), ada perhimpunan khas yang mengambil 2 masa yang pertama. hari selasa ada 2 masa kelas sains, maksudnya takde kelas sains la hari tu. hahaha.

macam biasa, kelas kami pun mula la berhias sempena bulan merdeka ni. dan sekali lagi, kelas kami pun berhias dengan lebih lebihan (bagi aku la)

sampai kat luar kelas pun ada hiasan. terpaksa tunduk bila nak masuk. hahahaha

Tuesday, August 2, 2011

selamat berpuasa

selamat berpuasa! pada hari ini (1 Ogos 2011) bermula lah bulan ramadan iaitu bulan berpuasa. sebagai seorang muslim, kita haruslah melaksanakan ibadah puasa yang terdapat dalam Rukun Islam. jadi aku takleh makan dan minum dan melakukan semua benda yang boleh membatalkan puasa aku dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

aku dah tau sangat yang bulan Ramadan dah nak datang. korang nak tau macam mana? buka TV dan tengok kalau iklan Yusuf Taiyoob dah ada ke tak. kalau ada, bulan puasa la tu. hahahaha.

pagi tadi aku bangun pukul 3.30 tapi aku malas nak bangun dari katil. pukul 4 baru aku mampu keluar dari bilik pergi ke dapur. hehehe. mama dah buat air dah. mama tengah memasak nasi goreng masa tu. aku pun minum la teh susu yang mama dah letak atas meja. sempat pulak aku on Facebook. hehehe.

bila mama dah masak nasi goreng. aku pun datang balik ke dapur. aku dan mama makan nasi goreng yang masih panas tu. mama aku makan nasi goreng dengan sayur dan ayam KFC. aku makan nasi goreng macam tu je. huhuhu. lepas abis makan nasi goreng, aku abiskan teh susu aku. aku pun online pastu. bila dah boring balik, aku pun off Facebook.

sekarang dah pukul 11 pagi. dah nak tengah hari dah. petang nanti keluar nak beli barang sikit. lepas tu pergi Bazaar Ramadhan. harap-harap la dapat jumpa dengan si dia. hehehe.

mesti la warna hijau~ hehehe