hari ni, kelas 5C telah dapat borang PLKN. yang terkena PLKN ialah Ieda, Fafaa, Susie, Eijan, Fifi, Sabrina dan lain-lain. aku mestilah tak kena. kalau aku kena PLKN, hancur aku dibuatnya. hehehehe. dah la bangun awal, kawad kaki dan aktiviti-aktiviti lasak ada, macam la aku boleh handle semua tu. tapi aku nak main senapang. hahahaha
tahniah korang! haha
I'm currently studying in UiTM Campus Samarahan. I'm taking Diploma in Information Management. I'm still thriving to be a writer, so wish me luck. For those who had followed me, just leave a link so I can follow you back. Thank you :)
Monday, October 24, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Girls' Generation - The Boys
akhirnya, lagu baru dari Girls' Generation (SNSD) telah pun keluar.
tags:
Girls' Generation,
Korea,
Music,
Video
Tuesday, October 11, 2011
dapat hadiah
hari ni, cikgu BI aku bagitau yang aku dapat 80% untuk paper BI!! hehehe
dan, cikgu Math pulak bagi Coklat dan Notebook. thanks Cikgu Mina~ >.<
dan, cikgu Math pulak bagi Coklat dan Notebook. thanks Cikgu Mina~ >.<
Monday, October 10, 2011
Thursday, October 6, 2011
Fairy Tail
OMG. terkejut aku baca Fairy Tail 253 baru baru ni. aku ingatkan bila Natsu datang, nakama powerup pun datang sekali. maklum lah, Fairy Tail ni famous dengan kuasa persahabatan. hahahha. apa-apa pun, tak sabar nak baca Fairy Tail 254, 7 tahun kemudian~
kalau nak baca: Fairy Tail 253
kalau nak baca: Fairy Tail 253
tags:
Fairy Tail,
Life,
Manga
Tuesday, October 4, 2011
sekolah masa PMR
yup, kami sekolah masa PMR. orang lain dapat cuti, kami pulak masih sekolah. disebabkan kelas 5C dipakai oleh orang PMR, kami terpaksa pakai kelas 30.
good luck to PMRians~
gelap la pulak. hahaha |
Sunday, October 2, 2011
Angry Birds
nampaknya, fenomena Angry Birds telah melanda aku. aku tau, aku ni lambat sikit nak ekot trend. hahaha. masa aku berjalan-jalan kat pasar, mesti ada je barang Angry Birds dijual; keychain, pengasah pensel, pembaris, buku nota, gam, bantal, beg, patung dan lain-lain.
kill 'em all!!! >.< |
tags:
Angry Birds,
Games,
Life
Saturday, October 1, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Lim Jeong Hee - Golden Lady
Lim Jeong Hee "Golden Lady" MV ( G.NA & Park Whee Soon)
tags:
Korea,
Lim Jeong Hee,
Music,
Video
Sunday, September 25, 2011
Saturday, September 24, 2011
pesta layang-layang


tengok-tengok la website dorang: Borneo International Kite Festival
Thursday, September 22, 2011
percubaan Pendidikan Seni
hari ini cuma ada 1 kertas je. Pendidikan Seni yang lukis-lukis 3 jam tu. hahaha. ni lah antara hasil-hasil lukisan kelas 5C. nama artis-artis lukisan tersebut terpaksa teka sendiri. hahaha
Wednesday, September 21, 2011
SMS dari Michael Kong
masa aku balik dari sekolah, aku pun check la handphone aku kalau ada mesej. ada pulak dari dia ni:
malas la aku nak datang. dah la takde transport. malam pulak tu. sori RIAM TEC~
Hai! I am Michael Kong, RIAM TEC College, Miri. I will be meeting students who r keen to study in this college after SPM at 8 pm, After Three tonight. U r welcome to join us. See u there!
malas la aku nak datang. dah la takde transport. malam pulak tu. sori RIAM TEC~
Sunday, September 18, 2011
trial nak dekat part 2
hari ni hari ahad (18 Sept), aku bangun pagi di rumah Meon sebab aku bermalam kat rumah dia. hahaha. bila Meon dan Nazirul dah bangun, on la laptop ku. hahahaha. Meon main Theseus, sebab Angry Bird dah takde dalam laptop dah. hahaha. suka pulak dia main. pastu, Nazirul pulak main Theseus. Terer jugak dia main, hahaha.
lepas mandi, kami keluar ke pasar sekejap, nak cari housing baru sebab keypad handphone Nazirul rosak. last-last, dia beli handphone baru, sebab nak ber-SMS dengan gf dia. hahaha. tapi, bila balik, tetibe ok pulak keypad handphone dia. hahaha. bertuah sangat.
bila dah balik tadi, on balik la laptop tu. hahaha. kali ni, Meon nak main Resident Evil: Nemesis. sampai tetido Nazirul masa Meon main. aku tengok je la. hahaha
dah pukul 4.30pm, aku dan Nazirul pun pergi ke waf tambang. aku dan Nazirul tunggu Cikgu Daus, sebab dia yang tolong hantar kami balik. hahahaha. esok trial!
lepas mandi, kami keluar ke pasar sekejap, nak cari housing baru sebab keypad handphone Nazirul rosak. last-last, dia beli handphone baru, sebab nak ber-SMS dengan gf dia. hahaha. tapi, bila balik, tetibe ok pulak keypad handphone dia. hahaha. bertuah sangat.
bila dah balik tadi, on balik la laptop tu. hahaha. kali ni, Meon nak main Resident Evil: Nemesis. sampai tetido Nazirul masa Meon main. aku tengok je la. hahaha
Saturday, September 17, 2011
trial nak dekat part 1
hari ni (17 Sept), aku bermalam di rumah Meon kat Jepak. Nazirul yang ajak sebenarnya. Nazirul belanja kami Sugarbun pagi tadi. Thanks Nazirul! hahaha. kami plan nak buat study group. hehehe. bila dah sampai tu. kami pun lepak-lepak la dulu kat bilik Meon. aku ada bawak laptop, jadi tak la boring sangat. tapi Meon bengang sebab aku delete game Angry Birds. hahahaha.
dekat pukul 2, aku, Nazirul dan Meon pun pergi ke library Jepak. Nazirul buat ulangkaji Kesusasteraan Melayu (KM), aku buat ulangkaji Sejarah, Meon buat Mathematics. tak lama lepas tu, Shamsul datang dan join sekali study group kami. bukan apa, minggu depan dah mula ujian percubaan SPM dah.
lepas ulangkaji, kami pun lepak kat lot Jepak. makan aiskrim. hahaha.
malam tu, Shamsul datang ke rumah Meon untuk join lagi study group kami. hehehe. tapi tak lama study, sebab tengok Death Bell 2: Bloody Camp. aku dan Meon pulak sempat tengok Rania kat Konsert Suarakami dalam tv. hahahaha. lepas tu, Shamsul pun balik sebab dah akhir sangat.
lepas ulangkaji, kami pun lepak kat lot Jepak. makan aiskrim. hahaha.
Thursday, September 15, 2011
Tuesday, September 13, 2011
aku dan laman web korea
bukan laman web yang berbahasa korea ok. bukannya aku faham pun. hahaha. laman web yang berkaitan dengan kpop. hahaha.
aku suka la dengan laman web ni. senang nak cari album. tak payah susah-susah nak cari satu-satu kat 4shared. tapi aku masih suka 4shared la sebab saiz mp3 kecil~ hehehe. kalau kat kpop7, dia dalam bentuk .rar, tapi aku tak kesah la walaupun saiz mp3 besar. hahaha.
aku suka jugak dengan website ni kalau nak tau berita-berita pasal kpop. tapi aku jarang buka sebab line Internet kadang-kadang slow sangat. huhu.
aku suka la dengan laman web ni. senang nak cari album. tak payah susah-susah nak cari satu-satu kat 4shared. tapi aku masih suka 4shared la sebab saiz mp3 kecil~ hehehe. kalau kat kpop7, dia dalam bentuk .rar, tapi aku tak kesah la walaupun saiz mp3 besar. hahaha.
Download K-Pop | Download Korean Music | Download Korean ...ini link dia: kpop7
Download K-Pop - Download the latest Korean Pop Music (K-Pop), download Korean music and songs, download Korean dramas English subbed.
aku suka jugak dengan website ni kalau nak tau berita-berita pasal kpop. tapi aku jarang buka sebab line Internet kadang-kadang slow sangat. huhu.
allkpop | breaking k-pop celebrity gossip and news!ini link dia: allkpop
The premier source for all the latest k-pop gossip and news. Exclusive coverage, photos and videos.
Sunday, September 11, 2011
Saturday, September 10, 2011
KFC dan surprise birthday party
hari ni, kami nak guna voucher KFC tu. tapi tempat tak sama, jadi kami pecahkan voucher tu. kami dapat RM60, manakala yang lain dapat RM40 ditambah lagi dengan RM28. kami tu ialah aku, Meon, Susie, Esther, Mhieyja, Fafaa, Sabrina, Atieyn dan Esha. ada yang lain, tapi dorang tak dapat datang. kami je la yang guna voucher KFC tu. yang surprise birthday party tu untuk Meon. haha. birthday dia hari isnin tu (5 Sept). kami pun berpakat la nak celebrate hari ni. haha. terkejut jugak la dia masa kami bawak birthday cake tu. hehe.
Wednesday, September 7, 2011
Lady Gaga Heartbeats
hari ni, aku beli Heartbeats kat Parkcity Mall! hehehe. harganya RM49.
![]() |
Ada 3 warna: Merah, Silver, dan Hitam |
![]() |
aku beli warna merah! hahahaha >.< |
Sunday, September 4, 2011
Taman Tumbina & Similajau National Park
hari ni, kazen-kazen ku datang. hahaha. dorang dari Sibu nak pergi ke Miri, singgah sekejap kat rumah kami. hahaha. dorang pun jumpa la dengan anak buah dorang sebab dorang balik awal masa raya kat Mukah. dorang pulak sempat cuci gambar-gambar raya kat Mukah.
lepas di Taman Tumbina, kami pergi ke Pantai Temasya kat Tanjung Batu. kami pun order la minuman sebab haus dan letih sangat dari Taman Tumbina.
lepas tu kami pergi ke kawasan lain dalam Similajau National Park. kami pergi ke tempat yang ada jambatan gantung. hahaha. bergoyang-goyang jambatan tu bila kami lalu. aku nak masuk dalam-dalam lagi, tapi jauh sangat. ayah aku tak suruh. lepas tu, kami pun balik la dari Similajau National Park.
Trails Map of Similajau National Park |
Saturday, September 3, 2011
konvoi raya dengan geng
Eijan, Basir, Shamsul dan Meon |
lepas tu, kami plan nak pergi ke rumah Nazirul.
di kampung Jepak, kami beraya di rumah Meon. lepas tu kami pergi ke rumah Shamsul! kami tengok Spy Myeongwol kat sana. hehehe. tak lama lepas tu, kami pergi ke rumah kazen Shamsul dan rumah Hateeqah. hehe. suka sangat-sangat. lepas tu baru kami balik ke rumah masing-masing.
pada pukul 8.30 malam, kami berkumpul lagi di rumah aku. rumah pertama yang diserbu adalah rumah Eijan. hahaha. lepas tu, plan nak pergi Assyakirin, nak raya kat rumah Ieda, Fafaa dan Basir. tapi moto cuma ada dua jer. kebetulan pulak Ieda nak pergi ke rumah Eijan. kami pun tunggu la Ieda datang. dapat jugak jumpa Ieda. hahaha. lepas tu, kami nak pergi ke rumah Mhieyja. tapi bila dah sampai, tutup dah rumah dia. kami pun balik je la lepas tu. hahaha
Saturday, August 27, 2011
sungkei bersama kawan kawan
Nazirul dan Mija |
aku dan Meon jumpa Mija dan Nazirul kat depan Li Hua Plaza. lepas tu, kami sama-sama ke KFC. bila kami dah order, kami pun duduk di tingkat atas. hehe. kami pun tengok-tengok la family sebelah kami, nak tau bila masa berbuka. bila dorang dah berbuka, kami pun berbuka. hahaha.
SEBELUM |
SELEPAS |
Thursday, August 25, 2011
kelas aku nak raya


gambar-gambar ini telah dicuri daripada Basir, seorang pelajar 5C. hahaha. bukan apa, aku tak bawak handphone hari ni. tu la aku tak dapat nak meng-snap-kan gambar-gambar sendiri. huhu.
![]() |
kelas 5C dalam aksi! hahahaha |
tak sabar nak raya. hehehe
Monday, August 22, 2011
Time To Love
aku suka sangat-sangat dengan lagu T.T.L (Time To Love) dari T-ara dan Supernova. bila dorang ada lagu T.T.L.Listen 2, lagi la aku suka. hahaha. tetiba pulak Supernova ada lagu T.T.L.3 dengan T-ara lagi. hahahaha. pastu, ada pulak orang edit lagu T-ara - Ma Boo jadi T.T.L.4. tapi memang best la. hahaha
T-ara & Supernova - T.T.L (Time To Love)
T-ara & Supernova - T.T.L.Listen 2
Teaser untuk T.T.L.3
enjoy! hahaha
Saturday, August 20, 2011
jam dan kasut
bila dah beli kasut, aku, mama, ayah dan kazen aku pergi ke Parkcity Mall. kat sana, aku tertarik tengok sebuah jam ni. hahaha. kebetulan pulak jam aku dah putus tali, aku pujuk la ayah aku belikan jak baru tu. aku beli jam pulak. hehehe. lepas tu, kami pergi ke tingkat atas. aku dan mama pergi ke Popular, ayah dan kazen aku pergi ke kedai komputer tingkat atas lagi.

kami pun beli la makanan kat bazaar untuk berbuka nanti. hehehe.
![]() |
boring >.< |
Friday, August 19, 2011
study group
dekat pukul 4, kami berhenti. hahaha. tak lama kan kami belajar? hahaha. Nazirul terus pulang lepas tu. kami pergi ke dewan suarah dan jalan-jalan kat kawasan sekitar tu sebab nak tunggu kakak Fafaa datang nanti. kami nak tumpang dorang pergi pasar. hahaha. tapi bila masa dekat pukul 5, kakak Fafaa masih tak balas-balas mesej, jadi kami pun call teksi. teksi tu pun hantar Fafaa balik manakala kami 5 pun terus ke pasar. kami berhenti di Citypoint. pemandu teksi yang baik hati tu pulak sempat bagi kami 2 pen free setiap seorang! hehehe.
tags:
Life
Wednesday, August 17, 2011
dorang dapat notebook 1malaysia
haha. hari ni, dorang dapat notebook 1malaysia tu. sebenarnya, dulu dah dorang tau yang dorang akan dapat notebook tu. selepas berbulan-bulan menunggu, akhirnya datang jugak notebook tu. dorang (Fai, Susie, Steph dan Mija) disuruh pergi ke dewan untuk mengambil notebook dorang.
aku dan kawan aku (Meon) pun ambil kesempatan untuk keluar dari kelas bila masa PS abis. bila cikgu dah keluar, kami pun keluar. hahaha. kami pun pergi ke dewan dan tengok banyak notebook tu dalam lori. pengawas-pengawas yang bertugas untuk ambil notebook-notebook tu dari lori. aku pun tengok la ke dalam dan dapat lihat yang dorang diberi ceramah. hahahaha.
bila dorang balik, kami pun menyerbu la dorang sebab nak tengok notebook tu. ini lah rupanya:
tu je la. hahaha.
aku dan kawan aku (Meon) pun ambil kesempatan untuk keluar dari kelas bila masa PS abis. bila cikgu dah keluar, kami pun keluar. hahaha. kami pun pergi ke dewan dan tengok banyak notebook tu dalam lori. pengawas-pengawas yang bertugas untuk ambil notebook-notebook tu dari lori. aku pun tengok la ke dalam dan dapat lihat yang dorang diberi ceramah. hahahaha.
bila dorang balik, kami pun menyerbu la dorang sebab nak tengok notebook tu. ini lah rupanya:
kotak notebook tu |
notebook 1malaysia!! hahaha |
Fai, Susie dan Meon (sambil memegang notebook Mija) |
tags:
Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)