mggu lpas, aku dgn member2 ku disuruh utk buat ujian lisan BM.. dah la cgu tu suruh buat forum sendiri.. time tu mmg blur la.. x penah buat forum.. so, aku cri la kat internet.. payah nak cri forum bhasa melayu ni.. yg panjang2 ade, tapi xkan nak hafal pulak.. leceh la.. hehe
bila dah dpt skrip utk forum tu, aku pun bwak la member2 aku practice & hafal last minit.. hehehe.. tapi bila cgu panggil, ada yg gementar & tgk2 skrip.. nasib baik time tu mood cgu ok jer.. cgu tu suruh buat hari lain.. kalau x.. bertimbun la homework klas aku nanti..
last2.. dpt jgak aku dan member2 aku habiskan ujian lisan tu.. x tau la markah brapa.. asalkan dah lepas.. hahaha
aku cuma baca bhagian ni jer: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Pada pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini disebabkan, dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Insya-Allah, sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah disiplin ini akan dapat diatasi. Wallahu’alam.
aku dpt forum tu dr blog.. follow la blog ni: Teratak Wahidatul Sakinah..
tu jer la aku nak crita utk skrg.. kalau ade idea, nanti aku tulis lagi.. ^^
No comments:
Post a Comment